Keberkesanan ujian penilaian awal (UPA) bagi mengenalpasti pelajar bermasalah

Norhana Arsad, and Noorfazila Kamal, and Hafizah Husain, and Afida Ayob, and Mohd Syuhaimi Ab Rahman, and Mahamod Ismail, (2013) Keberkesanan ujian penilaian awal (UPA) bagi mengenalpasti pelajar bermasalah. Jurnal Personalia Pelajar (16). pp. 31-36. ISSN 0128-2735

[img] Microsoft Word
22MB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/jpppp/?page_id=12

Abstract

Penurunan dalam pencapaian pelajar-pelajar universiti telah mendapat perhatian dimana pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang semasa pra-universiti yang amat membimbangkan. Pelbagai persoalan dan kajian dalam mengkaji faktor-faktor menyumbang kepada kemerosotan serta langkah telah dijalankan bagi menangani isu penurunan prestasi pelajar di universiti amnya dan di peringkat jabatan khasnya. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana keberkesanan pembangunan kaedah Ujian Penilaian Awal (UPA) dalam rnengenalpasti pelajar bermasalah oleh ahli jawatankuasa Pembangunan Pelajar jabatan untuk membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian pelajaran sepanjang pengajian di jabatan dan pemantauan dapat dimulai seawal mungkin untuk memastikan pelajar sentiasa dibimbing dan tidak hanyut dalam aktiviti yang boleh melalaikan pelajar. Sebelum ini, kajian dalam keberkesanan membangunankan soalan untuk UPA telah dilakukan dengan menggunakan Analisis Rasch. Kesuaian soalan bagi UPA ini telah diukur dan dibentangkan sebelum ini (Norhana 2012). Bagi kertas kerja ini adalah untuk membentangkan keberkesanan UPA diukur dan dibandingkan dengan pencapaian akademik pelajar sepanjang 3 semester yang lalu dimana kemasukan pelajar pada sesi 2011/2012 seramai 48 pelajar di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem (JKEES), Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina. Perbandingan ini menunjukkan UPA boleh digunakan sebagai penanda bagi pelajar bermasalah dengan hasil dari UPA adalah 87.5% tercapai.

Item Type:Article
Keywords:Ujian Penilaian Awal (UPA); pelajar bermasalah; purata nilai gred semester (PNGS); keberkesanan
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:6792
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jan 2014 03:57
Last Modified:07 Jan 2014 04:02

Repository Staff Only: item control page