Ahmad Zamil Zakaria, and Ismail Hafiz Salleh, (2013) Keberkesanan penggunaan komputer dalam proses merekabentuk landskap: persepsi terhadap graduan yang dihasilkan oleh universiti tempatan. Jurnal Personalia Pelajar (16). pp. 65-76. ISSN 0128-2735
Microsoft Word
13MB |
Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/jpppp/?page_id=12
Abstract
Penggunaan komputer di dalam proses merekabentuk landskap pada ketika ini adalah sangat diperlukan. Di atas desakan kepada penggunaan kemahiran manual yang berlebihan telah menyebabkan sesetengah graduan itu tercicir daripada kehendak industri Senibina Landskap di Malaysia. Antara isu dan permasalahan yang dibincangkan di dalam penyelidikan ini adalah penggunaan komputer tidak digunakan secara meluas di peringkat Institusi Pengajian Tinggi menyebabkan graduan yang dihasilkan kurang berkualiti dan kurang memenuhi spesifikasi majikan dalam menghasilkan kerja yang cepat, pantas dan menarik. Kepentingan projek ini ialah untuk mengetahui tahap kepentingan dan peranan komputer dalam kerja seharian seorang Perunding Landskap di Malaysia. Kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu kajian kuantitatif dan juga kajian kualitatif. Skop kajian meliputi kajian kes terhadap penggunaan komputer di syarikat perunding-perunding landskap yang berdaftar dengan Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM). Pemilihan responden di dalam penyelidikan ini menggunakan kaedah Simple Random Sampling dan pengagihan borang soalselidik adalah melalui email terus kepada responden yang berstatus pengurus / pengarah / pemilik firma perunding landskap yang berdaftar dengan Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM). Kajian ini tertumpu kepada penggunaan komputer di dalam proses merekabentuk Landskap dan dijalankan atas kesedaran ingin mengalalckan para pelajar terutamanya mahasiswa / mahasiswi yang sedang mengikuti pengajian di dalam jurusan Senibina Landskap tentang kepentingan penggunaan aplikasi komputer di lapangan profesional.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | rekabentuk landskap; penggunaan komputer; kemahiran pelajar; senibina landskap; persembahan grafik. |
Journal: | Jurnal Personalia Pelajar |
ID Code: | 6796 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Jan 2014 04:14 |
Last Modified: | 07 Jan 2014 04:22 |
Repository Staff Only: item control page