Persepsi pelajar prasiswazah terhadap kebolehpasaran graduan dan persaingan dalam pasaran pekerjaan

Nooriah Yusof, and Zakiah Jamaluddin, and Norain Mat Lazim, (2013) Persepsi pelajar prasiswazah terhadap kebolehpasaran graduan dan persaingan dalam pasaran pekerjaan. Jurnal Personalia Pelajar (16). pp. 77-92. ISSN 0128-2735

[img] Microsoft Word
52kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/jpppp/?page_id=12

Abstract

Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah bukanlah merupakan satu isu yang barn. Isu ini telah menarik minat banyak penyelidik untuk meneliti dan mengenalpasti punca sebenar yang membawa kepada masalah pengangguran siswazah di negara mi. Sebahagian besar daripada kajian merujuk kepada kurangnya kelebihan dani segi kebolehpasaran dan kebolehkerjaan yang dimiliki oleh graduan sebagai faktor penting dalam menjelaskan masalah pengangguran mi. Rata-rata kajian mendapati wujudnya ketidakselarasan di antara kualiti graduan dengan keperluan pasaran buruh khususnya dan i segi kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh siswazah di negara mi. Peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah semakin mendapat perhatian khususnya di negara membangun termasuk Malaysia kerana masalah ini boleh memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan peralihan ke arah ekonomi berasaskan berpengetahuan. Rentetan daripada masalah sumber buruh pada awal tahun 1992 telah membuka lembaran baru dalam polisi pembangunan sumber manusia di negara mi. Bermula dengan pengurangan tempoh pengajian daripada empat tahun kepada tiga tahun bagi mempercepatkan pengeluaran tenaga kerja sehinggalah kepada peningkatan besar dalam bilangan institusi pengajian tinggi serta liberalisasi dalam sektor pendidikan yang membenarkan kemasukan cawangan asing universiti luar negara, telah memberi impak yang besar terhadap pasaran buruh siswazah. Objektif utama artikel ini adalah untuk meneliti persepsi pelajar prasiswazah terhadap isu kebolehpasaran gradUan dan persaingan yang wujud dalam pasaran pekerjaan. Perbincangan adalah berdasarkan kepada hasil penyelidikan yang melibatkan beberapa universiti terpilih di wilayah utara Semenanjung Malaysia. Seramai 724 responden daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terlibat dalam kajian mi. Fokus perbincangan adalah untuk meneliti pandangan pelajar terhadap faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap kebolehpasaran dan kelebihan daya saing meraka dalam pasaran pekerjaan apabila tamat pengajian nanti.

Item Type:Article
Keywords:pasaran buruh siswazah; kebolehpasaran; persaingan pekerjaan; pelajar prasiswazah
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:6797
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jan 2014 04:27
Last Modified:07 Jan 2014 04:33

Repository Staff Only: item control page