Sistem tagal dalam industri pelancongan: manfaat kepada komuniti (Tagal tourism, environmental management and the community)

Jurry Foo@ Jurry bt. F. Michael, (2011) Sistem tagal dalam industri pelancongan: manfaat kepada komuniti (Tagal tourism, environmental management and the community). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 7 (1). pp. 14-25. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
642kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php?cont=a&it...

Abstract

Sistem tagal adalah satu kaedah pengurusan biosfera yang popular di Sabah. Ia juga dikenali sebagai bombon yang bermaksud jangan dalam bahasa Kadazandusun. Melalui sistem ini, penggunaan sumber semulajadi atau kawasan tertentu dihadkan bagi tujuan pemuliharaan dan bagi memastikan kewujudan sumber tersebut secara berterusan. Pada hari ini, komuniti Kg. Luanti Baru telah mengambil inisiatif mengintegrasikan sistem tagal sebagai sebuah produk pelancongan. Ini merupakan salah satu pendekatan dalam utilitarian sumber semulajadi tempatan. Kertas kerja ini menjelaskan peranan dan manfaat sistem tagal dalam industri pelancongan di Kg. Luanti Baru, Ranau Sabah terhadap komunit pelaksana. Data diperolehi berdasarkan kajian awal yang dilakukan dengan cara pemerhatian di kawasan kajian, temuramah dan juga kajian pustaka. Secara umumnya, kedudukan sistem tagal dalam industri pelancongan adalah sebagai satu produk pelancongan yang telah menyumbang kepada pengurusan persekitaran yang lebih cekap, penyumbang pembangunan ekonomi dan juga pembangunan sosial komuniti. Katakunci: industri pelancongan, komuniti

Item Type:Article
Keywords:industri pelancongan; komuniti tempatan; pendekatan tradisional; pengurusan biosfera;pengurusan persekitaran; sistem tagal
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:680
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:18 Mar 2011 07:52
Last Modified:14 Dec 2016 06:27

Repository Staff Only: item control page