Model analisis impak perubahan keperluan perisian

Marfizah Abdul Rahman, and Rozilawati Razali, and Dalbir Singh, (2014) Model analisis impak perubahan keperluan perisian. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 3 (1). pp. 33-42. ISSN 2289-2192

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

366kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/apjitm

Abstract

Persekitaran dan proses perniagaan yang dinamik menyebab perubahan keperluan dalam perisian tidak dapat dielak. Perubahan keperluan perisian perlu diurus dengan sebaiknya melalui analisis impak yang melibatkan pengenalpastian faktor penyumbang dan penilaian kesan perubahan keperluan terhadap persekitaran semasa. Analisis impak ini perlu disempurna oleh pasukan yang khas iaitu Jawatankuasa Kawalan Perubahan (JKP). Pada dasarnya, analisis impak membantu JKP memperoleh gambaran potensi impak sesuatu perubahan terhadap organisasi sebelum melaksananya. Ini perlu kerana analisis impak yang tidak sempurna boleh menjejas projek sekali gus kemampanan organisasi. Kajian lampau mengenal pasti beberapa faktor teknikal dan bukan teknikal yang perlu diambil kira semasa analisis impak perubahan keperluan perisian. Namun faktor tersebut dikaji secara bersendiri dan berasingan menyebabkan analisis impak menyeluruh sukar dilakukan. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menggabung faktor tersebut sebagai model analisis impak perubahan keperluan yang bersepadu. Kajian ini bersifat kualitatif dengan data dikumpul mengguna teknik temu bual secara kumpulan fokus. Data yang dikumpul dianalisis mengguna teknik analisis kandungan. Hasil analisis mendapati terdapat empat kategori faktor yang terlibat iaitu Manusia, Proses, Teknologi (sedia ada) dan Organisasi. Setiap kategori faktor mengandungi faktor dan elemen tertentu yang dihubungkan untuk menggambarperkaitannya. Model ini dapat diguna oleh JKP sebagai panduan menilai sesuatu permintaan bagi perubahan keperluan perisian.

Item Type:Article
Keywords:perubahan keperluan; pengurusan perubahan; perisian; analisis impak.
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:6807
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Jan 2014 02:02
Last Modified:08 Jan 2014 03:46

Repository Staff Only: item control page