Habibah Lateh, and Vasugiammai Muniandy, (2011) GIS dalam pendidikan geografi di Malaysia: cabaran dan potensi (GIS in the Malaysian geography education: Challenges and potentials). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 7 (1). pp. 42-52. ISSN 2180-2491
|
PDF
116kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php
Abstract
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kini menjadi tunjang dalam merangka sistem pendidikan di Malaysia. Pengenalan KBSR dan KBSM merupakan reformasi pendidikan yang terbesar di Malaysia. Pendidikan di Malaysia sentiasa diselaraskan dengan kehendak pasaran dunia, iaitu bertujuan menghasilkan modal insan kelas pertama. Program Pengkomputeran Sekolah berjaya melengkapkan prasarana sekolah dengan makmal komputer. Integrasi ICT dalam subjek-subjek di sekolah mula dilaksanakan. Namun, sebarannya adalah tidak sekata. Subjek Geografi merupakan salah satu subjek yang masih bersifat penghafalan fakta tanpa kemahiran teknologi. Integrasi teknologi dalam subjek ini amat perlu bagi memartabatkan serta menghidupkannya. Sistem Maklumat Geografi (GIS) adalah amat sesuai diterapkan dalam subjek Geografi. GIS merupakan salah satu sistem maklumat yang digunakan untuk menyimpan, memapar, menganalisis dan memanipulasi data yang berkaitan dengan ruangan. Pelbagai negara lain seperti Australia, New Zealand dan Singapura telahpun mengintegrasi GIS dalam proses P&P di sekolah. Di Malaysia, GIS dalam bidang pendidikan masih di tahap perbincangan atas kertas kerja. Keupayaan GIS untuk menerap masuk dalam sistem pendidikan di Malaysia masih dipersoalkan. Pelbagai persoalan seperti sejauhmana GIS sesuai di peringkat sekolah, keberkesanan terhadap pelajar, kesesuaian dengan pelajar sekolah dan keupayaan guru mengendalikan GIS sering timbul. Maka artikel ini membincangkan cabaran dan potensi GIS untuk diimplimentasi dalam subjek geografi di sekolah. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk mencari sebanyak mungkin peluang dan halangan dalam mengimplimentasi GIS. Dua puluh artikel dari dalam dan luar negara dianalisis secara terperinci menggunakan borang analisis kandungan yang diadaptasi dari Crosswell, P. L. Penyenaraian halangan dan peluang ini diikuti dengan pengagihan menggunakan analisis SWOT. Analisis SWOT ini bertujuan mengidentifikasi kekuatan, kelemahan, ancaman serta peluang secara terperinci.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | content analysis; Geography Information System (GIS); geography education; school geography; ICT; SWOT analysis |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 683 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 18 Mar 2011 08:56 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:27 |
Repository Staff Only: item control page