Kesan perencatan fitat terhadap bioavailabiliti kalsium, ferum dan zink dalam produk kacang soya tempatan

Hasnah Haron, and Norfasihah Raob, and Tan, Mei Chen (2013) Kesan perencatan fitat terhadap bioavailabiliti kalsium, ferum dan zink dalam produk kacang soya tempatan. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 11 (2). pp. 19-27. ISSN 1675-8161

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

194kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan perencatan fi tat terhadap bioavailabiliti kalsium (Ca), ferum (Fe) dan zink (Zn) dalam produk kacang soya tempatan terpilih. Fitat menyebabkan kesan perencatan terhadap penyerapan mineral seperti Ca, Fe dan Zn dengan membentuk kompleks yang tidak larut dan tidak dapat dicernakan. Kesan perencatan fi tat terhadap bioavailabiliti mineral seperti Ca, Fe dan Zn telah dianggarkan dengan nisbah molar fi tat kepada mineral. Kandungan fi tat ditentukan dengan menggunakan kaedah pertukaran anion dan kandungan mineral ditentukan dengan Spektrofotometer Serapan Atom (AAS). Produk kacang soya dibeli dari pasar malam dan gerai makanan yang terletak di Cheras dan Sri Rampai, Kuala Lumpur. Setiap sampel yang dibeli dari kedua-dua lokasi dianalisis secara duplikat. Kajian ini mendapati kek soya dan kesemua masakan yang mengandungi tempe tidak mempunyai kandungan fi tat. Ini mungkin disebabkan oleh kehadiran R. oligosporus yang menghasilkan fi tase lalu menghidrolisiskan kandungan fi tat semasa proses fermentasi tempe. Terdapat lima jenis sampel makanan yang mempunyai nisbah molar fi tat/Ca > 0.24, sepuluh jenis sampel makanan dengan nisbah molar fi tat/ Fe > 1, lapan jenis sampel makanan mempunyai nisbah molar fi tat/ Zn > 15 dan satu jenis sampel makanan mempunyai nisbah molar [fi tat x Ca]/ Zn > 200. Keputusan nisbah molar fi tat/ mineral dari kajian ini menganggarkan bioavailabiliti Ca, Fe dan Zn yang rendah. Kesimpulannya, kek soya dan masakan mengandungi tempe mempunyai bioavailabiliti mineral yang tinggi manakala tau-hoo pok bakar mempunyai bioavailabiliti mineral yang rendah.

Item Type:Article
Keywords:Bioavailabiliti; Perencatan fi tat; Mineral; Produk kacang soya; Tempe
Subjects:R Medicine > RA Public aspects of medicine
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:6835
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:04 Feb 2014 06:41
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page