Persepsi terhadap pembelajaran interprofesion di kalangan pelajar prasiswazah Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Syafiqah Ismail, and Nabishah Mohamad, and Benny Efendie, and Kanaga Kumari Chelliah, (2013) Persepsi terhadap pembelajaran interprofesion di kalangan pelajar prasiswazah Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 11 (2). pp. 29-34. ISSN 1675-8161

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

109kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/

Abstract

Pembelajaran interprofesion (IPL) berlaku apabila pelajar dalam institusi yang terdiri daripada dua atau lebih bidang pengajian yang berbeza belajar bersama dan berkongsi pengetahuan mengenai profesion yang berbeza. IPL dipercayai mampu meningkatkan kerjasama di antara profesion yang berbeza selepas para pelajar tamat pengajian. Objektif kajian ini adalah membanding persepsi pelajar antara profesion yang berbeza. Responden terdiri daripada pelajar sebelas bidang profesion yang berbeza iaitu Perubatan, Kejururawatan, Pergigian, Farmasi, Terapi Carakerja, Dietetik, Audiologi, Sains Pertuturan, Fisioterapi, Optometri dan Pengimejan Diagnostik & Radioterapi (PDR). Responden dipilih secara rawak mewakili setiap tahun pengajian bagi setiap profesion untuk mengisi borang kaji selidik yang disediakan. Sebanyak 330 borang kaji selidik yang telah dikembalikan daripada 367 secara keseluruhan atau 90%. Daripada keputusan ANOVA sehala, kesemua profesion tidak menunjukkan persepsi yang berbeza secara bereerti dalam subskala pengetahuan (p = 0.11), amalan kerja berpasukan dan kerjasama (p = 0.23) dan kaedah memulakan IPL (p = 0.61). Walau bagaimanapun, subskala identiti professional dan kesediaan pendidikan interprofesion menunjukkan nilai yang bererti (p < 0.05). Daripada ujian post-hoc Turkey, didapati hanya pelajar Fisioterapi menunjukkan purata skor yang lebih tinggi (M = 4.35 ± 0.54) daripada pelajar Sains Pertuturan (M = 3.75 ± 0.59) dalam subskala identiti profesional manakala bagi subskala kesediaan pelajar untuk pendidikan interprofesion, hanya pelajar Fisioterapi mempunyai skor yang lebih tinggi (M = 4.15 ± 0.82) daripada pelajar Pengimejan Diagnostik & Radioterapi (M = 3.25 ± 0.83). Keputusan ujian T tidak bersandar mendapati bahawa pelajar bersetuju supaya IPL dilaksanakan di awal tahun pengajian dengan purata skor (M = 3.53 ± 1.029) untuk tahun 1 dan 2 pengajian berbanding (M = 3.34 ± 1.089) untuk tahun 3 hingga 5 pengajian. Hasil kajian menunjukkan pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap IPL berdasarkan nilai purata skor yang diperoleh iaitu melebihi 3.0 ke atas.

Item Type:Article
Keywords:Persepsi pelajar; Pembelajaran interprofesion; Profesion; Kerjasama
Subjects:R Medicine > RA Public aspects of medicine
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:6836
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:04 Feb 2014 06:51
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page