Kesan daya dan laju tepikan jari ke atas pengaktifan korteks berkaitan motor

Ahmad Nazlim Yusoff, (2013) Kesan daya dan laju tepikan jari ke atas pengaktifan korteks berkaitan motor. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 11 (2). pp. 41-49. ISSN 1675-8161

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

330kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/

Abstract

Kajian pengimejan resonans magnet kefungsian (fMRI) subjek tunggal ini menyelidiki kesan daya dan laju tepikan ke atas sifat pengaktifan korteks berkaitan motor semasa tepikan jari rentak sendiri secara bilateral. Subjek melakukan empat cara tepikan jari rentak sendiri iaitu sentuh-perlahan (SP), sentuh-laju (SL), tekan-perlahan (TP) dan tekan-laju (TL) dalam satu imbasan fMRI. Model linear am (GLM) digunakan dalam penjanaan pengaktifan otak. Pentaakulan statistik kemudiannya dibuat mengenai pengaktifan otak menggunakan teori medan rawak (RFT) Gaussian pada aras keertian diperbetulkan (α = 0.05), dengan andaian tiada pengaktifan berlaku. Keputusan mendapati otak mengkoordinasi tepikan jari bilateral rentak sendiri dengan penglibatan korteks berkaitan motor iaitu girus presentral (PCG) bilateral, serebelum bilateral dan juga kawasan motor tambahan (SMA). Peningkatan daya tepikan menonjolkan pengaktifan yang bererti (p < 0.05 diperbetulkan) pada PCG bilateral (Kawasan Brodmann (BA) 6) sejajar dengan fungsinya dalam mencetus tindakan motor seperti mengawal daya tepikan. Peningkatan laju tepikan pula menyebabkan peningkatan pengaktifan otak secara bererti (p < 0.05 diperbetulkan) hanya pada korteks kesatuan somatoderia iaitu pada lobus parietal superior (SPL) kanan atau BA7 kanan. Ini mencadangkan bahawa SPL memainkan peranan penting dalam mengkoordinasi pergerakan berkemahiran terancang.

Item Type:Article
Keywords:Tepikan jari; Kawasan konteks spesifik; Parameter hemodinamik; Lobus parietal superior; Girus presentral
Subjects:R Medicine > RA Public aspects of medicine
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:6838
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:04 Feb 2014 07:07
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page