Ko-pengekspresan reseptor estrogen beta (ERβ) dan aktin otot licin pada tumor filodes di payudara: suatu kajian tisu mikroarai

Nurhayati H. Munawer, and Siti-Aishah Md Ali, and Reena Md Zin, and Rohaizak Muhammad, (2014) Ko-pengekspresan reseptor estrogen beta (ERβ) dan aktin otot licin pada tumor filodes di payudara: suatu kajian tisu mikroarai. Sains Malaysiana, 43 (2). pp. 233-240. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm

Abstract

Proliferasi tumor filodes tertumpu terutama pada bahagian stroma yang dianggap sebagai komponen neoplastik bagi tumor filodes. Reseptor Estrogen (ER) yang memainkan peranan dalam payudara neoplastik juga terlibat dalam perkembangan tumor filodes. ERβ adalah satu jenis klon ER yang dilaporkan hadir pada stroma tumor payudara manakala pengekspresan aktin otot licin (SMA) di stroma dapat membandingkan gred histologi tumor filodes. Kami membandingkan pengekspresan ERβ dengan SMA pada komponen stroma tumor filodes menggunakan teknik tisu mikroarai (TMA). TMA dibentuk ke atas 77 kes tumor filodes (46 benigna, 17 pinggiran dan 14 malignan) menggunakan jarum berdiameter 0.6 mm (Alphelys Plaisir, Perancis) dan pewarnaan imunohistokimia dijalankan menggunakan penanda molekul ERβ dan SMA. Tumor filodes kerap hadir pada wanita berusia lebih daripada 40 tahun dengan tumor filodes benigna menunjukkan median umur pesakit paling rendah (p=0.017). Ekspresi ERβ dalam komponen stroma meningkat dengan gred histologi tumor. Sementara SMA menunjukkan ekspresi pada 62.8, 41.2 dan 57.1%, masing-masing bagi tumor filodes benigna, pinggiran dan malignan. Kedua-dua ERβ (p=0.024) dan SMA lebih cenderung hadir pada wanita ≥40 tahun. Kajian menunjukkan hubungan signifikan antara ko-pengekspresan ERβ dan SMA (p=0.047) dan 65.5% daripadanya adalah wanita berumur lebih daripada 40 tahun. Ekspresi SMA yang tinggi pada stroma tumor filodes benigna mungkin menunjukkan potensi proliferasi tumor ini untuk menjadi malignan. Ekspresi tinggi ERβ dengan tumor filodes malignan dan hubungannya dengan SMA mencadangkan ko-pengekspresan kedua-dua penanda molekul ini mungkin berperanan dalam tumorigenesis stroma tumor filodes.

Item Type:Article
Keywords:ERβ; SMA; tisu mikroarai; tumor filodes
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:6852
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2014 04:35
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page