Yusoff, A.N. (2014) Ketinggian pengaktifan korteks dan kebergantungan hemodinamiknya semasa tepikan jari rentak sendiri bilateral pelbagai gaya. Sains Malaysiana, 43 (2). pp. 313-319. ISSN 0126-6039
|
PDF
2MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm
Abstract
Kajian pengimejan resonans magnet kefungsian (fMRI) subjek tunggal ini mengkaji hubung kait asas antara parameter hemodinamik dengan ketinggian pengaktifan (nilai t) bagi beberapa korteks berkaitan motor. Dalam kajian ini, subjek melakukan empat gaya tepikan jari rentak sendiri iaitu sentuh-perlahan (SP), sentuh-laju (SL), tekan-perlahan (TP) dan tekan-laju (TL) dalam satu imbasan fMRI. Data fMRI dianalisis menggunakan pemetaan statistik berparameter (SPM). Keputusan analisis mendapati otak mengkoordinasi keempat-empat gaya tepikan dengan penglibatan girus presentral (PCG) bilateral, kawasan motor tambahan (SMA), lobus parietal superior (SPL) dan serebelum. SPL didapati menunjukkan anjakan kelateralan akibat peningkatan laju tepikan. Magnitud pengaktifan pada SPL kiri yang lebih rendah berlaku semasa tepikan perlahan manakala tepikan laju memperlihatkan magnitud pengaktifan yang lebih tinggi pada SPL kanan. Plot nilai t melawan peratus perubahan isyarat bagi kesemua kawasan tersebut untuk kesemua gaya tepikan menunjukkan korelasi positif (p< 0.05, ρ= 0.67). Nilai t menunjukkan korelasi positif tak bererti terhadap efikasi neuron (p= 0.08, ρ= 0.40), korelasi positif bererti terhadap pereputan isyarat (p< 0.05, ρ= 0.85) dan masa transit (p< 0.05, ρ= 0.88) serta korelasi negatif bererti terhadap suap balik (p< 0.05, ρ= 0.89). Pemalar kekerasan (α) dan peratus ekstraksi oksigen (Eo) didapati kekal malar untuk kesemua korteks dalam semua cara tepikan. Kajian ini telah mendedahkan maklumat asas berguna mengenai ciri hemodinamik beberapa korteks berkaitan motor yang mengalami pengaktifan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Efikasi neuron; masa transit; peratus perubahan isyarat; pereputan isyarat; suap balik |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 6863 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Feb 2014 07:28 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:42 |
Repository Staff Only: item control page