Pemikiran Fiqh Mahmud Yunus

Eficandra Masril, and Mohd. Nasran Mohamad, and Muhammad Adib Samsudin, and Anwar Fakhri Omar, (2013) Pemikiran Fiqh Mahmud Yunus. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 35 (1). pp. 5-18. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
556kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index

Abstract

Peranan Mahmud Yunus amat terserlah dalam perkembangan dan pembaharuan Islam di Indonesia melalui perbuatan dan pemikirannya, tetapi beliau hanya popular sebagai tokoh pendidikan dan kurang popular sebagai tokoh dalam bidang lain, terutama sebagai tokoh fiqh. Objektif kajian adalah untuk mengetahui dan mengenal pasti riwayat hidup Mahmud Yunus serta memaparkan, menonjolkan, dan menganalisis pemikiran fiqhnya sebagai salah satu representasi daripada fiqh ulama Indonesia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Data utama diperolehi daripada karya-karya fiqh Mahmud Yunus, manakala data sokongan terdiri daripada kitab-kitab fiqh klasik dan kontemporari serta sumber lain yang bersesuaian, kemudian dianalisis menggunakan teknik analisis kandungan (content analysis) melalui kaedah deskriptif, analitis dan perbandingan. Selain itu, data juga diperolehi daripada pelbagai informan melalui temu bual (indepth interview), kemudian dianalisis, dibahas dan dibentangkan dalam bentuk laporan menggunakan kaedah deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa Mahmud Yunus adalah seorang ulama perintis Islam di Indonesia. Di samping popular sebagai tokoh pendidikan, beliau juga boleh dianggap sebagai seorang ulama/mujtahid di Indonesia. Ini dapat dilihat daripada karya-karya, pengalaman antarabangsa, kebolehan lain serta pengakuan ulama terhadapnya. Pemikiran fiqhnya menunjukkan bahawa Mahmud Yunus membahaskan pelbagai aspek kajian dan kandungan dalam ilmu fiqh, terutama yang bersifat asas dan praktikal. Perbahasan fiqh dan contoh yang didedahkan oleh beliau dikemukakan dengan bahasa yang sederhana dan senang difahami selari dengan tahap, tujuan, dan peruntukan karya tersebut. Fiqh isu semasa juga turut menjadi perhatian dalam perbincangannya. Sikap moderat dan terbuka terhadap perbezaan madhhab dapat dilihat dalam penulisan karya-karya fiqh Mahmud Yunus. Rujukan, perbandingan, pandangan, dan ulasan beliau tidak hanya terhad antara empat madhhab sahaja, tetapi diluaskan kepada madhhab lain. Selain itu, beliau juga mengambil pendapat ulama kontemporari dunia untuk dianalisis bagi mewujudkan kemaslahatan dan menolak kemudaratan kepada umat. Seterusnya, pemakaian kaedah fiqhiyyah yang relevan dan muktabar menjadi keutamaan Mahmud Yunus dalam menyokong pemikiran fiqhnya.

Item Type:Article
Keywords:Pemikiran; fiqh; Mahmud Yunus; pembaharuan; Indonesia
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:6864
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2014 03:00
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page