Pengamalan ajaran Islam dalam kalangan pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Seri Kartini Jurami, and Fariza Md Sham, (2013) Pengamalan ajaran Islam dalam kalangan pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 35 (1). pp. 29-38. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
386kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index

Abstract

Pendidikan Islam bukan sahaja berperanan untuk memberi ilmu pengetahuan ajaran Islam tetapi juga berperanan membentuk peribadi dan tingkah laku pelajar dalam kehidupan seharian. Sebagai kursus yang diwajibkan kepada semua pelajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh (PUO), pelaksanaan kursus tersebut perlu sentiasa dinilai agar ia sentiasa mencapai matlamatnya. Oleh itu, pengamalan ajaran Islam dalam kalangan pelajar di PUO perlu dikaji kerana ia relevan dengan pelaksanaan kursus Pendidikan Islam di institusi berkenaan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pengamalan ajaran Islam dalam kalangan responden kajian dari aspek akidah, ibadah dan akhlak dalam kalangan pelajar PUO. Metodologi kajian yang digunakan ialah kajian lapangan yang menggunakan tiga kaedah pengumpulan data. Pertama, borang kaji selidik yang melibatkan 100 orang responden yang terdiri daripada pelajar Islam semester dua Jabatan Kejuruteraan Awam PUO. Kedua, temu bual yang melibatkan enam orang pensyarah Pendidikan Islam di PUO dan ketiga pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji. Data yang diperolehi daripada borang kaji selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS dan dapatan kajian dihuraikan dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan item soalan borang kaji selidik adalah tinggi iaitu 0.923. Hasil kajian mendapati tahap pengamalan ajaran Islam dalam kalangan responden dalam semua aspek yang dikaji iaitu akidah =100.0 peratus, ibadah = 94.0 peratus dan akhlak = 96.0 peratus berada pada tahap yang tinggi. Kesimpulan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengamalan ajaran Islam dalam kalangan pelajar di PUO adalah baik.

Item Type:Article
Keywords:Amalan; pelajar; Politeknik Ungku Omar; akidah; akhlak
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:6866
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2014 03:13
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page