Pelaksanaan istibdal wakaf di Negeri Kedah Darul Aman

Afiffudin Mohammed Noor, and Mohd Ridzuan Awang, (2013) Pelaksanaan istibdal wakaf di Negeri Kedah Darul Aman. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 35 (1). pp. 49-56. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
336kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index

Abstract

Konsep istibdal wakaf merupakan satu cara untuk membangunkan harta wakaf supaya lebih produktif serta berupaya menyediakan pelaburan kewangan yang lebih baik dan stabil. Untuk melaksanakan istibdal harta wakaf, beberapa syarat telah ditetapkan untuk menjamin pelaksanaan konsep tersebut selaras dan menepati dengan syarat yang ditetapkan oleh para fuqaha. Oleh itu aspek yang ditekankan dalam kajian ini adalah pendirian imam empat mazhab terhadap istibdal wakaf. Objektif utama kajian ini adalah bagi mengemukakan kes-kes istibdal wakaf dan kesan pelaksanaannya di negeri Kedah. Secara umumnya, kajian ini adalah berasaskan kepada dua metodologi yang utama iaitu kajian kepustakaan dan juga kajian lapangan. Bagi kajian kepustakaan ia dilakukan dengan mengumpul data dan maklumat berkenaan istibdal wakaf daripada sumber-sumber asas serta dilakukan pertarjihan pendapat-pendapat tersebut. Kajian lapangan pula dilakukan dengan mengumpul data dan maklumat berkenaan pelaksanaan istibdal wakaf di Majlis Agama Islam Kedah serta tinjauan dan temu bual dengan pihak yang terlibat. Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti sejauh mana pelaksanaan istibdal wakaf di negeri Kedah memberi kesan positif dengan menganalisis beberapa kes yang berkaitan dengannya. Pada keseluruhan kajian, didapati bahawa pelaksanaan istibdal wakaf di negeri Kedah telah memberi banyak manfaat dan faedah kepada masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Istibdal; wakaf; Kedah; pelaburan; empat mazhab
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:6868
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2014 03:19
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page