Pemikiran kritis rahmatullah al-Kairanawi dalam Religionswissenschaft

Wan Haslan Khairuddin, and Indriaty Ismail, and Jaffary Awang, (2013) Pemikiran kritis rahmatullah al-Kairanawi dalam Religionswissenschaft. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 35 (1). pp. 57-63. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
338kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index

Abstract

Religionswissenschaft atau The Science of Comparative Religion iaitu Sains Perbandingan Agama merupakan bidang ilmu cetusan ulama dan masyarakat Islam. Fakta ini bukanlah sesuatu yang asing kerana al-Quran dan al-Sunnah merupakan pencetusnya. Tradisi dan legasi al-Quran dan al-Sunnah dalam mendedahkan kecelaruan agama-agama selain Islam dikembang dan diteruskan oleh para ulama dan cendekiawan Islam. Antara karya Religionswissenschaft terbaik yang memberi impak besar khususnya dalam dialog dan debat Islam-Kristian masa kini ialah kitab Izhar al-Haqq, karangan Syeikh Rahmatullah al-Kairanawi (m. 1308H). Artikel ini akan menumpukan perbincangan dan pendekatan kritis Syeikh Rahmatullah al-Kairanawi melalui karyanya Izhar al-Haqq; kritikan beliau terhadap Bible; dan perbincangan beliau terhadap doktrin Triniti Kristian. Metodologi yang diguna pakai dalam kajian ini ialah analisis kandungan dan perbandingan kepercayaan. Akhirnya, artikel ini merumuskan pendekatan kritis Syeikh Rahmatullah al-Kairanawi dalam mendedahkan kontradiksi dan kecelaruan yang terdapat dalam agama Kristian khususnya Bible adalah sesuatu yang unik dalam disiplin Religionswissenschaft.

Item Type:Article
Keywords:Pemikiran kritis; kritikan terhadap Bible; kritikan doktrin Kristian
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:6869
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2014 03:23
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page