Pengaruh Asia Barat terhadap mahasiswa alaf baru

Anwar Muttaqin, and Wan Kamal Mujani, and Kartini Aboo Talib @ Khalid, (2013) Pengaruh Asia Barat terhadap mahasiswa alaf baru. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 35 (1). pp. 103-110. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
326kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh Asia Barat terhadap mahasiswa alaf baru. Dikaji sejarah pelajar Melayu lepasan Mesir dalam perkembangan awal pemikiran pelajar Melayu dan pengaruh dari Asia Barat telah memainkan peranan sebagai sumber yang penting, bermula daripada peranan yang dimainkan oleh pemikiran islah dan sumbangan di Tanah Melayu dan seterusnya isu-isu terkini yang melibatkan mahasiswa dan pengaruh Asia Barat. Penulis turut mengenal pasti medium atau saluran yang digunakan oleh pelajar Melayu sebelum merdeka dan mahasiswa alaf baru ini. Metodologi penyelidikan yang digunakan ialah kaedah kualitatif iaitu melalui kajian kepustakaan yang merujuk kepada buku-buku, tesis, jurnal, akhbar dan majalah tempatan yang berkaitan dengan tajuk tersebut. Pengkaji mendapati terdapat perbezaan yang ketara antara mahasiswa dahulu dan sekarang berkaitan dengan isu-isu Asia Barat yang mempengaruhi pemikiran dan tindakan mahasiswa kini. Namun kemodenan penyampaian maklumat dalam dunia tanpa sempadan ini banyak mempengaruhi pemikiran dan ideologi mahasiwa terutamanya perubahan besar atau revolusi di Timur Tengah dan malang sekali apabila maklumat yang diterima oleh mahasiswa itu adalah salah dan bermotifkan perjuangan sesuatu kumpulan sahaja. Ini mengakibatkan berlakunya gejala-gejala ekstrem di kalangan mahasiswa dan menghakis tanggapan dunia terhadap budaya masyarakat Malaysia umumnya dan Melayu khususnya yang terkenal dengan adab sopan dan budi pekerti mulia yang tinggi.

Item Type:Article
Keywords:Asia Barat; mahasiswa alaf baru; pelajar Melayu
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:6873
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2014 03:42
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page