Pemahaman Pendidikan Islam: Kajian di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak (2),Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Lokman Musa, and Muhammad Mazlan Abdul Majid, (2013) Pemahaman Pendidikan Islam: Kajian di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak (2),Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 35 (2). pp. 5-17. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
15MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang pengaruh ibu bapa terhadap pemahaman Pendidikan Islam dalam kalangan murid sekolah rendah. Bentuk kajian ini menggunakan borang soal selidik yang dianalisa dengan menggunakan SPSS Version 19.0 for Windows. Kajian ini melibatkan murid-murid Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak (2), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini bertujuan untuk menentukan sejauh manakah pengaruh ibu bapa terhadap pemahaman dalam Pendidikan Islam serta mengenal pasti langkah-langkah yang diambil ibu bapa di rumah dalam mempertingkatkan pemahaman Pendidikan Islam. Dapatan kajian menunjukkan ibu bapa dilihat telah memainkan peranan yang positif dengan menerapkan nilai-nilai keIslaman terhadap anak-anak mereka. Selain itu, murid telah bersetuju bahawa ibu bapa mereka telah memberi tunjuk ajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam walaupun terdapat beberapa langkah tidak dilaksanakan secara keseluruhan oleh ibu bapa mereka dalam memartabatkan pemahaman mereka terhadap Pendidikan Islam.

Item Type:Article
Keywords:Pengaruh;ibu bapa;pemahaman; Pendidikan Islam
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:6877
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Feb 2014 13:22
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page