Wan Najmiah Wan Mohamad Ali, and Md Yazid Ahmad, (2013) Mekanisme aplikasi takharuj dalam pembahagian harta pusaka kecil di Kuala Terengganu. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 35 (2). pp. 27-33. ISSN 0216-5636
|
PDF
348kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index
Abstract
Isu perbalahan sesama ahli waris dalam menyelesaikan pembahagian pusaka sering menjadi tajuk utama akhbar. Fahaman wajib menerima ketetapan faraid serta tiada tolak ansur sesama waris menyebabkan kes pusaka sukar diselesaikan. Tidak hairanlah lebih RM42 bilion nilaian hartanah orang Melayu tidak dituntut. Kesemua masalah ini tidak akan wujud sekiranya masyarakat Islam di Malaysia khususnya ahli waris yang terlibat memahami hukum pusaka Islam secara holistik merangkumi konsep takhāruj. Takhāruj bermakna ahli waris menarik diri daripada menerima bahagian harta pusaka sama ada sebahagian atau kesemuanya dengan memberikan bahagiannya itu kepada waris lain sama ada dengan balasan atau tanpa balasan. Konsep ini dibenarkan dalam Islam dengan syarat semua waris yang terlibat bersetuju dan reda. Takhāruj sebenarnya memberi ruang kepada ahli waris membahagikan harta dengan cara terbaik. Takhāruj adalah sebahagian dari hukum faraid itu sendiri kerana sebarang penolakan dan penarikan diri waris dibuat dalam batasan hak dan kadar yang ditetapkan oleh syarak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pandangan ulama mazhab tentang konsep takhāruj. Seterusnya mengkaji aplikasi konsep takhāruj dalam keskes harta pusaka kecil di Kuala Terengganu. Kemudian mengenal pasti kaedah penyelesaian pusaka secara takhāruj yang diaplikasikan di Kuala Terengganu sama ada selaras dengan konsep takhāruj dalam Islam ataupun tidak.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | takhāruj; hukum Farāid; pusaka Islam |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 6878 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 18 Feb 2014 12:28 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:42 |
Repository Staff Only: item control page