Kajian Kontrastif terhadap Gaya Bahasa al-Tawkid antara Bahasa Melayu dan Bahasa Arab

Siti Khatijah Mat Rashid, and Hakim Zainal, (2013) Kajian Kontrastif terhadap Gaya Bahasa al-Tawkid antara Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 35 (2). pp. 19-25. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
10MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index

Abstract

Kajian terdahulu melaporkan prestasi pelajar dalam penguasaan bahasa Arab khususnya tatabahasa Arab didapati semakin merosot dan kurang memuaskan. Pelajar keliru dan tidak memahami tatabahasa Arab kerana ia mengandungi konsep dan istilah yang rumit untuk difahami. Salah satu aspek yang terdapat dalam tatabahasa Arab ialah gaya bahasa al-tawkid. al-Tawkid atau diistilahkan sebagai 'kata penegas' atau 'kata penguat' dalam bahasa Melayu merupakan salah satu tatabahasa yang penting untuk difahami. Kajian kontrastif ini perlu dilakukan bagi membantu kefahaman para pelajar mengenai gaya bahasa al-tawkid bahasa Arab. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya bahasa Al-tawkid bahasa Melayu dan bahasa Arab, menganalisis aspek persamaan antara kedua-dua bahasa dan aspek perbezaannya. Kajian kontrastif al-tawkid ini dijangka mampu membantu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing di Malaysia khususnya.

Item Type:Article
Keywords:Kajian perbandingan; kajian tatabahasa Melayu-Arab; gaya bahasa al-tawkid; kata penegasan
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:6879
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Feb 2014 11:22
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page