Perbahasan Sejarah Islam di India dalam al-Kamil fi al-Tarikh Karya Ibn al-Athir

Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari, and Mohd. Roslan Mohd. Nor, and Ezad Azraai Jamsari, (2013) Perbahasan Sejarah Islam di India dalam al-Kamil fi al-Tarikh Karya Ibn al-Athir. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 35 (2). pp. 35-46. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
313kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index

Abstract

Kawasan India, atau dikenal isebagai Sub-Continent, merupakan antara kawasan yang menerima pengaruh Islam melalui dakwah dan futuhat pada peringkat awal Islam. Hal sedemikian menyebabkan Islam terus berkembang sehingga menyaksikan beberapa buah kerajaan Islam turut bertapak di kawasan tersebut. Peristiwa sejarah demikian tercatat dalam kebanyakan karya sejarah Islam, termasuk karya al-Kamil fi al-Tarikhtulisan Ibn al-Athir. Matlamat kajian ini adalah untuk meneliti perkembangan sejarah Islam di kawasan India, atau Sub-Continent, serta perbahasannya dalam karya sejarah Islam seperti yang disebutkan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian sejarah. Kajian ini menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah pengumpulan data dengan menfokuskan kepada karya sejarah al-Kamil fi al-Tarikh. Manakala metode analisis data, kajian ini menggunakan metode deskriptif dan metode sejarah menerusi analisis kandungan dan interpretasi sumber berdasarkan tafsiran sejarah. Dapatan kajian menunjukkan Ibn al-Athir telah membahaskan sejarah Islam di kawasan India dalam karya sejarahnya. Tumpuan penceritaan sejarah pula lebih tertumpu kepada perkembangan politik di kawasan tersebut seperti peristiwa futuha tatau peperangan, kemunculan sesebuah entity politik dan pemerintahan serta tokoh-tokoh politik yang dominan dalam mencorakkan perkembangan politik di India.

Item Type:Article
Keywords:India;Sejarah Islam;Ibn al-Athir; al-Kamil fi al-Tarikh; karya sejarah
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:6880
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Feb 2014 11:29
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page