Al-Murabahah: implikasi terhadap kestabilan kewangan dan model kewangan Islam

Mansor Jusoh, and Mohd Azlan Shah Zaidi, and Tamat Sarmidi, and Mohd Adib Ismail, (2013) Al-Murabahah: implikasi terhadap kestabilan kewangan dan model kewangan Islam. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 35 (2). pp. 47-55. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
281kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index

Abstract

Antara kontrak urus niaga yang penting dalam Islam adalah kontrak cuqūd al-mucawadat atau kontrak pertukaran, iaitu sejajar dengan hakikat bahawa Islam menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Bagi perbankan Islam, kontrak-kontrak pertukaran yang lazim digunakan untuk tujuan pembiayaan ialah kontrak pertukaran secara tangguh (deferred contracts of exchange). Dalam perbankan Islam kontrak ini dizahirkan dalam bentuk pelbagai kontrak al-murabahah atau harga tokok (mark-up price). Analisis berdasarkan teori wang endogen, iaitu teori yang berasaskan pandangan bahawa bekalan wang tidak ditetapkan oleh bank pusat sebaliknya ditentukan oleh sistem perbankan dan orang ramai, mendapati bahawa kontrak almurabahah mencipta wang dan lebih penting lagi, wang dalam kuantiti yang amat berkait rapat dengan keperluan pembiayaan aktiviti benar ekonomi. Justeru, al-murabahah menghasilkan penawaran wang yang lebih menjamin kestabilan kewangan (monetary stability) berbanding wang yang tercipta hasil kontrak hutang berasaskan kadar bunga. Hakikatnya dana kontrak al-murabahah merupakan komponen terbesar pembiayaan perbankan Islam. Penemuan-penemuan ini sekali gus menolak pandangan kebanyakan ahli ekonomi Islam bahawa sistem kewangan Islam harus dimodelkan semata-mata berasaskan prinsip perkongsian untung dan rugi. Sebaliknya model yang mengambil kira prinsip dan kaedah al-murabahah adalah lebih sesuai dalam memberi gambaran tentang sistem kewangan Islam.

Item Type:Article
Keywords:al-murabahah; perkongsian untung dan rugi; kestabilan kewangan; kontrak pertukaran tertangguh
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:6881
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Feb 2014 11:38
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page