Penerokaan talaqqi bersanad (TB) dalam Pengajian Hadis di Malaysia

Farhah Zaidar Mohamed Ramli, and Latifah Abdul Majid, and Mohd Arif Nazri, (2013) Penerokaan talaqqi bersanad (TB) dalam Pengajian Hadis di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 35 (2). pp. 67-76. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
12MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index

Abstract

Talaqqi bersanad merupakan satu konsep yang aplikasinya signifikan dengan pengajian hadis iaitu dalam konteks riwayat dan sanad. Menerusi TB mekanisme periwayatan hadis terus berganjak kepada periwayatan kitab-kitab hadis selari dengan perubahan dan perkembangan zaman. Implikasi utama aplikasi TB ialah mengekalkan tanpa putus silsilah sanad yang nokhtah awalnya bukan sahaja bermula tetapi berakhir kepada sandaran mutlak sumber hadis iaitu Rasulullah SAW. Terdapat dua kaedah pelaksanaan TB iaitu kaedah al-sard. Sampel kes bagi kaedah al-hall wa al-bahath. Penerokaan lapangan di Malaysia menemui dua sampel kes yang masing-masing dikenal pasti melaksanakan kedua-dua kaedah tersebut tetapi artikel ini hanya memaparkan sampel kes bagi kaedah al-sard. Sampel kes bagi kaedah al-sard yang menjadi sumber sasaran temu bual, pemerhatian dan analisa dokumen ditemui mengaplikasikan TB Menurut metode yang sah dan boleh dipertanggungjawabkan sebagaimana dalam disiplin pengajian hadis. Interpretasi proses aplikasi TB tersebut menunjukkan responden telah menggunakan mekanisme al-sama, al-qira 'ah dan al-ijazah yang merupakan tiga metode yang standard bagi penyambungan silsilah sanad.

Item Type:Article
Keywords:Talaqqi bersanad; silsilah sanad; kaedah al-sard; karya thabat
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:6883
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Feb 2014 12:03
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page