Tengku Intan Zarina Tengku Puji, and Muhd. Najib Abdul Kadir, (2013) Kritikan muslim liberal terhadap Ulum al-Qur’an: suatu kecenderungan baru dalam tafsiran al-Qur’an. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 35 (2). pp. 83-88. ISSN 0216-5636
|
PDF
255kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index
Abstract
Ulum al-Qur’an merupakan gagasan ilmu terawal di kalangan umat Islam. Ia mengandungi pelbagai inti sari ilmu-ilmu penting yang berperanan membantu pemahaman ayat-ayat di dalam al-Qur’an. Antara ilmu-ilmu tersebut ialah Nasikh Mansukh, Asbab Nuzul, Nuzul al-Qur’an, ayat Makki dan Madani serta lain-lain. Walau bagaimanapun kini terdapat kecenderungan di kalangan Muslim Liberal menggunakan Hermeneutik dalam menafsirkan al-Qur’an dan melakukan kritikan terhadap Ulum al-Qur’an. Hermeneutik adalah science of interpreting the Bible yang mengandungi peraturan dan undang-undang bagi menyempurnakan penafsiran. Justeru, artikel ini bertujuan menganalisis kritikan tersebut yang mempromosikan al-Qur’an sekadar ‘produk budaya’. Kajian ini berbentuk analisa kandungan terhadap karya-karya Muslim Liberal yang menyentuh isu tafsir dan Ulum al-Qur’an. Hasil kajian, penulis mendapati kritikan tersebut memberi impak negatif yang mampu melemahkan kredibiliti ilmu tafsir sekali gus merendahkan khazanah ilmu Islam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Budaya; kecenderungan; kritikan; produk; tafsir |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 6885 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 19 Feb 2014 12:13 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:42 |
Repository Staff Only: item control page