Peta pasaran saham Malaysia

Hafizah Bahaludin, and Saiful Hafizah Jamaan, (2013) Peta pasaran saham Malaysia. Journal of Quality Measurement and Analysis, 9 (2). pp. 27-36. ISSN 1823-5670

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

579kB

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/index.html

Abstract

Pelaburan yang dilakukan dalam aset kewangan seperti saham syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dilaksanakan dengan harapan untuk meraih keuntungan dalam jangka masa panjang. Kajian ini menggunakan harga harian saham untuk tiga puluh syarikat yang tersenarai dalam Indeks Komposit Kuala Lumpur Bursa Malaysia FTSE (FBM30) pada tahun 2011. Kajian ini mempunyai dua objektif. Objektif pertama adalah untuk membina rangkaian berdasar kepada tiga puluh saham syarikat dan seterusnya menentukan saham yang paling berpengaruh dalam rangkaian. Tatakaedah yang digunakan adalah teknik pokok rentangan minimum berdasarkan al-Khwarizmi Kruskal dan ukuran pemusatan (darjah, pengantaraan, kedekatan dan vektor eigen). Hasil kajian mendapati bahawa daripada tiga puluh saham syarikat yang dikaji terdapat lima syarikat yang paling berpengaruh dalam pasaran saham Malaysia, iaitu Genting, IOI Corporation, Genting Malaysia, AirAsia dan YTL Corporation.

Item Type:Article
Keywords:pasaran saham; pokok rentangan minimum; ukuran pemusatan
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:6892
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Mar 2014 12:38
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page