Keselesaan but kawad semasa kegiatan kawad melalui EMG

Nur Farhah Fakhriah Zainuddin, and Azmin Sham Rambely, (2013) Keselesaan but kawad semasa kegiatan kawad melalui EMG. Journal of Quality Measurement and Analysis, 9 (2). pp. 47-58. ISSN 1823-5670

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

260kB

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/index.html

Abstract

But kawad merupakan suatu kelengkapan penting yang digunakan dalam kegiatan berkawad. Namun, penggunaan but kawad ini semasa kegiatan berkawad secara berulang kali boleh menyebabkan kecederaan pada kaki. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat kesan tindakan otot apabila berkawad menggunakan but, kasut sukan dan tanpa berkasut. Ujian elektromiografi (EMG) digunakan untuk mengesan kelakuan otot pinggiran bawah badan, iaitu otot peroneus longus, ekstensor digitorum longus, gastroknemius kepala sisi dan gastroknemius kepala tengah. Soal selidik dijalankan untuk mengumpul data laporan kecederaan kesan memakai but ketika berkawad dan kajian EMG dilakukan untuk mendapatkan daya tindakan otot apabila berkawad. Subjek bagi soal selidik dipilih daripada kadet PALAPES. Keputusan menunjukkan 52% responden melaporkan mengalami kesakitan kaki apabila berkawad dan otot gastroknemius kepala tengah menghasilkan nilai daya yang lebih besar, iaitu dua kali ganda berbanding dengan otot lain semasa kegiatan berkawad dengan memakai but berbanding memakai kasut sukan. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa apabila beban yang lebih besar dikenakan, otot akan bekerja lebih atau menghasilkan daya yang lebih besar untuk memastikan sistem berada dalam keseimbangan.

Item Type:Article
Keywords:kawad; elektromiografi (EMG); but kawad; daya otot
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:6894
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Mar 2014 12:46
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page