Norraida Sarudin, and Nur Riza Nohd Suradi, (2013) Kesan korelasi antara kelas ke atas anggaran parameter dalam data multitahap dengan saiz kelompok kecil. Journal of Quality Measurement and Analysis, 9 (2). pp. 83-91. ISSN 1823-5670
PDF
Restricted to Repository staff only 294kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jqma/index.html
Abstract
Analisis multitahap dilakukan ke atas data berhierarki yang terdiri daripada dua tahap atau lebih. Tahap tertinggi adalah tahap kelompok dan tahap terendah disebut tahap individu. Variasi yang disumbangkan antara tahap dikenali sebagai korelasi antara kelas, ρ. Dalam kajian ini dibincangkan kesan korelasi antara kelas ke atas anggaran parameter apabila saiz kelompok kecil. Kajian simulasi dilakukan dengan 27 keadaan berbeza dari segi saiz kelompok, saiz sampel dan korelasi antara kelas. Hasil yang diperoleh mendapati ρ yang berbeza memberi kesan yang berbeza ke atas pincang relatif setiap anggaran parameter. Kesimpulannya, ρ yang melebihi 0.2 dan saiz kelompok yang tidak terlalu kecil (melebihi 50)memberikan kepincangan anggaran parameter yang lebih kecil.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | korelasi antara kelas; saiz kelompok; multitahap |
Journal: | Journal of Quality Measurement and Analysis |
ID Code: | 6897 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 02 Mar 2014 12:59 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:42 |
Repository Staff Only: item control page