Balai cerap astrofiqh di Malaysia: kesinambungan ilmu falak syarie dari Asia Barat

Ibnor Azli Ibrahim, and Mohd Razlan Ahmad, and Mohd Hafiz Safiai, (2013) Balai cerap astrofiqh di Malaysia: kesinambungan ilmu falak syarie dari Asia Barat. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 5 (2). pp. 35-50. ISSN 2229-8924

[img]
Preview
PDF
721kB

Official URL: http://www.ukm.my/ijwas/index

Abstract

Balai cerap Astrofiqh dalam konteks Malaysia ialah balai cerap astronomi yang diurus tadbir oleh kerajaan dan berfungsi sebagai pusat penyelidikan, pendidikan ilmu falak dan penentuan ibadah umat Islam dan takwim di Malaysia. Kebanyakan elemen dan aplikasi falak dalam ibadah di dalam balai cerap tersebut berasaskan ilmu falak syarie yang dipindahkan daripada Asia Barat oleh para ulama Melayu. Ini menjadikan ia berbeza dengan balai cerap astronomi biasa. Kajian ini bertujuan untuk meninjau kewujudan balai cerap astrofiqh ini di Malaysia di sudut sejarah, perkembangan dan nilai-nilai yang menggambarkan bahawa ia adalah kesinambungan ilmu Falak Syarie daripada Asia Barat . Kajian ini juga melihat sepintas lalu beberapa nama penting dari kalangan alim ulama yang pernah menyumbang dalam kesinambungan ini di samping mengenal pasti beberapa peralatan falak yang terdapat di balai cerap tersebut sebagai bukti. Kajian perpustakaan, pengumpulan data, temu bual dan pemerhatian telah digunakan dalam kajian ini, di mana kitab turath dan moden telah dirujuk untuk mendapatkan bahan. Pemerhatian dan temu bual telah dibuat dengan cara lawatan terus ke balai cerap untuk memastikan kewujudan nilai-nilai yang boleh dianggap sebagai kesinambungan ilmu falak daripada Asia barat di balai cerap tersebut. Kajian ini mendapati bahawa Balai Cerap Astrofiqh di Malaysia adalah legasi ilmu falak dari Asia Barat yang telah dimulakan oleh ulama Melayu. Penglibatan mereka dalam bidang ini telah mengilhamkan kewujudan balai-balai cerap Astrofiqh tersebut sekali gus meninggalkan kesan dan nilai Asia Barat seperti penamaan dan peralatan falak tradisi yang masih dipelajari sehingga ke hari ini.

Item Type:Article
Keywords:Observatori; Balai Cerap Astrofiqh; Ilmu Falak; Ulama Falak; Asia Barat
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:6901
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Mar 2014 08:09
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page