Masyarakat Jepun dalam pelancongan : satu penelitian budaya

Roswati Abdul Rashid, and Roslina Mamat, and Hazlina Abdul Halim, and Normaliza Abdul Rahim, (2013) Masyarakat Jepun dalam pelancongan : satu penelitian budaya. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 29 (2). pp. 87-106. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
307kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/index.html

Abstract

Statistik kedatangan pelancong antarabangsa ke Malaysia menunjukkan Jepun sentiasa menduduki tangga 10 ke bawah dalam senarai bilangan warganegara yang berkunjung ke negara ini bermula tahun 1998 sehingga tahun 2012. Malah pada tahun 2012, jumlah pelancong Jepun ke Malaysia meningkat sehingga empat kali ganda iaitu 21.5% berbanding pada 2011 sebanyak 7.0%. Jumlah ini menunjukkan peningkatan terbesar berbanding pada lapan tahun sebelumnya daripada tahun 2005-2011. Adalah tidak mustahil pada masa yang akan datang pelancong Jepun menjadi pelancong antarabangsa utama di Malaysia. Kertas kerja ini akan menyoroti ciri-ciri tingkah laku yang terdapat pada pelancong Jepun semasa melancong ke negara luar. Pencirian pola-pola tingkah laku pelancong Jepun ini berdasarkan dari sudut budaya masyarakat Jepun. Memahami tingkah laku pelancong Jepun dari aspek budaya merupakan satu nilai tambah dalam pelancongan Malaysia dan dapat menghindari salah faham yang akan menimbulkan konflik. Objektif kertas kerja ini ialah memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap tingkah laku pelancong Jepun kepada para agen pelancongan yang berurusan secara langsung dengan pelancong. Kertas kerja ini diharapkan dapat menjana panduan secara teori dan praktikal terhadap penambahbaikan kualiti pelancongan Malaysia agar menepati cita rasa para pelancong Jepun.

Item Type:Article
Keywords:Pelancong Jepun; tingkah laku; budaya masyarakat Jepun
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:6910
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Mar 2014 11:50
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page