Penerimaan media sosial: kajian dalam kalangan pelajar universiti di Palembang

Ika Destiana, and Ali Salman, and Mohd. Helmi Abd. Rahim, (2013) Penerimaan media sosial: kajian dalam kalangan pelajar universiti di Palembang. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 29 (2). pp. 125-140. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
355kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/index.html

Abstract

Tidak dapat dinafikan satu fenomena komunikasi di dunia Internet yang semakin popular pada ketika ini ialah media sosial. Facebook, Twitter, Instagram, Path, Pinterest hingga Google+ semakin digunakan secara universal dan meluas. Indonesia adalah antara negara yang mempunyai pengguna media sosial aktif terbesar di dunia (Socialbakers 2013). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerimaan dan pengalaman pengguna dalam menggunakan media sosial khususnya dalam kalangan pelajar universiti dengan menggunakan Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model) oleh Davis (1989) sebagai latar belakang teori. Pemboleh ubah tambahan iaitu faktor kaitan dan rangkaian antara peribadi dan sosial telah ditambahkan pada model asal. Satu reka bentuk kajian menggunakan borang soal selidik telah dijalankan ke atas 298 pelajar ijazah sarjana muda di Palembang, Indonesia, yang berumur antara 17 hingga 25 tahun. Daripada hasil kajian mendapati bahawa penerimaan media sosial dipengaruhi oleh beberapa faktor, tetapi terutamanya faktor mudah guna, faktor kaitan dan rangkaian antara peribadi dan sosial yang memberikan kesan signifikan ke atas penerimaan dan penggunaan.

Item Type:Article
Keywords:Intenet; media sosial; TAM; rangkaian antara peribadi dan sosial.
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:6912
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Mar 2014 12:00
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page