Nilai Taksonomi ciri anatomi daun genus Schoutenia Korth. Malvaceae subfam. Brownlowioideae)

Nurhanim, M.N. and Noraini, T. and R.C.K., Chung and C.A.C. Nurul-Aini, C.A.C. and A.R. Ruzi, A.R. (2014) Nilai Taksonomi ciri anatomi daun genus Schoutenia Korth. Malvaceae subfam. Brownlowioideae). Sains Malaysiana, 43 (3). pp. 331-338. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
5MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Kajian anatomi dan mikromorfologi daun telah dijalankan ke atas lima takson dalam genus Schoutenia Korth. (Malvaceae subfam. Brownlowioideae). Lima takson yang dipilih dalam kajian ini ialah S. kunstleri, S. leprosula, S. accrescens subsp. accrescens, S. accrescens subsp. borneensis dan S. accrescens subsp. stellata. Kajian anatomi melibatkan kaedah hirisan dengan mikrotom gelongsor pada bahagian petiol, lamina, tulang daun dan tepi daun, kaedah penjernihan lamina dan kaedah siatan epidermis daun, penjernihan dengan larutan peluntur, pewarnaan dengan Safranin dan Alcian Blue, pelekapan Canada Balsam dan cerapan bawah mikroskop cahaya. Kajian mikromorfologi melibatkan kaedah pendehidratan, titik pengeringan kritikal, saduran emas dan cerapan bawah mikroskop imbasan elektron. Objektif kajian ialah untuk melihat nilai taksonomi ciri anatomi dan mikromorfologi daun dalam genus yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan terdapat sembilan ciri sepunya, tujuh ciri variasi yang boleh digunakan untuk pembezaan spesies dan dua ciri diagnostik yang boleh digunakan untuk pengecaman spesies. Ciri tersebut ialah corak hiasan kutikel pada S. kunstleri dan juga kehadiran sel kolenkima lamela pada S. accrescens subsp. stellata. Hasil kajian menunjukkan ciri anatomi serta mikromorfologi daun dalam genus Schoutenia mempunyai nilai taksonomi terutama dalam pembezaan dan pengecaman pada peringkat spesies dan subspesies.

Item Type:Article
Keywords:Ciri anatomi daun; ciri mikromorfologi daun; Schoutenia
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:6918
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Mar 2014 06:16
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page