Suatu kajian perintis menggunakan pendekatan kalut bagi pengesanan sifat dan peramalan siri masa kepekatan PM10

Nor Zila Abd Hamid, and Mohd Salmi Md Noorani, (2014) Suatu kajian perintis menggunakan pendekatan kalut bagi pengesanan sifat dan peramalan siri masa kepekatan PM10. Sains Malaysiana, 43 (3). pp. 475-481. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
446kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Peramalan kepekatan PM10 adalah penting kerana menyedut udara mengandungi PM10 boleh membawa kepada pelbagai penyakit kronik seperti kanser dan bronkitis. Kajian ini merupakan kajian perintis menggunakan pendekatan kalut bagi meramal PM10 di Malaysia. Data yang dikaji adalah siri masa PM10 mengikut jam yang dicerap di stesen penanda aras yang terletak dalam daerah Jerantut di negeri Pahang. Pendekatan kalut mempunyai dua langkah iaitu pembinaan semula ruang fasa dan proses peramalan. Melalui langkah 1, ruang fasa pelbagai-matra dibina menggunakan parameter masa tunda τ = 7 dan matra pembenaman m = 4 yang masing-masing diperoleh daripada kaedah maklumat purata bersama dan kaedah Cao. Hasil daripada gambarajah ruang fasa dan juga plot parameter kaedah Cao mempamerkan bahawa data bersifat kalut. Melalui langkah 2, peramalan satu jam ke hadapan selama sebulan siri masa PM10 dijalankan menggunakan kaedah penghampiran setempat. Nilai pekali kolerasi antara data ramalan dan data sebenar hanyalah 0.5692. Namun, graf perbandingan menunjukkan bahawa data ramalan adalah hampir dengan data sebenar dengan nilai ralat punca min kuasa dua peramalan adalah 7.6814. Ini menunjukkan kesesuaian penggunaan kaedah penghampiran setempat dalam meramal siri masa PM10 dan ia merupakan petanda positif bahawa pendekatan kalut ini boleh diguna pakai ke atas siri masa bahan pencemar di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Kaedah penghampiran setempat; pendekatan kalut; peramalan; PM10
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:6935
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Mar 2014 09:17
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page