Pandangan pelajar tentang penggunaan kes dalam pembelajaran subjek etika

Suraiya Ishak, and Ahmad Raflis Che Omar, and Kadir Ariffin, and Mohd Yusof Hussain, (2014) Pandangan pelajar tentang penggunaan kes dalam pembelajaran subjek etika. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (1). pp. 60-69. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
248kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Makalah ini membincangkan penggunaan kes sebagai kaedah bagi pembelajaran subjek etika pembangunan. Kaedah ini memberi peluang pelajar berfikir secara aktif dan mengaplikasi prinsip etika. Kaedah pengajaran dan pembelajaran kursus etika secara teori melalui kuliah sehala bagi tujuan aplikasi dan normatif adalah kurang sesuai. Justeru itu penggunaan kes akan membuka ruang untuk pelajar berfikir secara kritis dan mengaplikasi prinsip etika. Penyelidik telah melakukan percubaan terhadap pelajar tahun akhir yang mengikuti kursus etika pembangunan. Mereka didedahkan kepada dua mode pengajaran, iaitu kuliah menggunakan kes pada lima minggu pertama dan kuliah tradisional pada minggu seterusnya. Pada minggu ke-14 borang kaji selidik telah diedar bagi mendapatkan pandangan pelajar berdasarkan pengalaman pembelajaran mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan kes telah membolehkan pelajar memahami teori dan aplikasi teori etika dengan lebih baik. Selain itu, penggunaan kes semasa membolehkan pelajar mendapat pengetahuan tentang isu etika yang berpotensi mereka hadapi setelah memasuki alam pekerjaan dan persekitaran industri yang sebenar.

Item Type:Article
Keywords:etika; etika aplikasi; etika pembangunan; kes; pembelajaran; penaakulan moral
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:6943
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Mar 2014 12:39
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page