Motif dan daya tarikan pusat membeli-belah dalam kalangan pengunjung metropolitan Kuala Lumpur, Malaysia

Noorsafiza Mohd Sapie, and Mohd Yusof Hussain, and Suraiya Ishak, and Abd Hair Awang, and Novel Lyndon, (2014) Motif dan daya tarikan pusat membeli-belah dalam kalangan pengunjung metropolitan Kuala Lumpur, Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (1). pp. 70-77. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
199kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Selari dengan haluan ke arah negara berpendapatan perkapita yang tinggi dan gaya hidup moden, pusat membeli belah semakin menjadi tumpuan orang ramai. Pusat membeli-belah pula pesat bercambah.Tujuan kajian ini untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi tarikan pengunjung dan motif mereka berkunjung.Disamping itu, kajian ini menganalisa hubungan antara dua pembolehubah tersebut.Tiga buah pusat membeli-belah di metropolitan Kuala Lumpur dipilih iaitu SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Mid Valley Megamall di Petaling Jaya dan Berjaya Times Square di Bukit Bintang.Seramai 150 pengunjung sudi memberikan maklumbalas.Hasil kajian wujud tiga kluster motif pengunjung pusat membeli-belah iaitu yang mementingkan identiti pusat membeli belah, hedonistik dan sosial serta utilitarian.Hasil analisis faktor mendapati tiga faktor tarikan pusat membeli-belah iaitu kemudahan dan keselesaan atmosfera, imej dan faktor kedai serta aktiviti sosial.Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan antara motif membeli-belah dengan faktor tarikan pusat membeli-belah. Jesteru itu, pusat membeli belah perlu sentiasa meningkatkan kemudahan, menambahkan lagi persekitaran selesa dan mengukuhkan imej serta reputasi positif tanpa mengambilkira motif sebenar pengunjung.

Item Type:Article
Keywords:faktor tarikan; identiti; peletakan pusat membeli-belah; persekitaran; persepsi pengunjung; utilitarian
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:6944
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Mar 2014 12:43
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page