Pengetahuan masyarakat Iban tentang program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan di Daerah Song, Sarawak

Kwok, Chin Hoe and Haris Abd. Wahab, (2014) Pengetahuan masyarakat Iban tentang program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan di Daerah Song, Sarawak. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (1). pp. 87-93. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
194kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Penyertaan masyarakat dalam program pembasmian kemiskinan yang kurang memuaskan berkait rapat dengan pengetahuan tentang program yang rendah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan masyarakat Iban yang menerima bantuan program pembasmian kemiskinan melalui Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) di Daerah Song, Sarawak. Aspek pengetahuan masyarakat tentang program pembasmian kemiskinan yang dikaji ialah maklumat umum tentang SPKR, objektif SPKR dan komponen program yang dilaksanakan di bawah SPKR. Kajian ini dilakukan melalui kaji selidik ke atas 260 Ketua Isi Rumah di rumah panjang. Secara keseluruhannya, kajian menunjukkan sebilangan besar masyarakat Iban di Daerah Song tidak mengetahui kementerian yang mentadbir program di bawah SPKR, objektif program di bawah SPKR dan komponen program yang dilaksanakan di bawah SPKR. Penemuan ini memberi implikasi bahawa pengetahuan masyarakat Iban tentang program pembasmian kemiskinan harus ditingkatkan sebagai langkah menggalakkan penyertaan mereka dalam menjayakan program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan di rumah panjang.

Item Type:Article
Keywords:isi rumah miskin; masyarakat Iban; pembasmian kemiskinan; pengetahuan; penglibatan; rumah panjang
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:6946
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Mar 2014 12:54
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page