Fonologi bahasa Kantuk: kekerabatan dan keeratannya dengan bahasa Iban dan dialek Melayu Semenanjung

Jasmin Badrudin, and Mohammad Nur Latif, and Shahidi, A.H. (2014) Fonologi bahasa Kantuk: kekerabatan dan keeratannya dengan bahasa Iban dan dialek Melayu Semenanjung. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (1). pp. 94-100. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
406kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Kajian ini adalah sebahagian daripada usaha penelitian bahasa-bahasa di Borneo dan keterkaitannya dengan dialek Melayu di Semenanjung Malaysia. Data yang dimanfaatkan dalam penulisan ini merupakan kata-kata yang dituturkan oleh penutur asli bahasa Kantuk yang mendiami beberapa lokasi tertentu dalam daerah Kapuas Hulu, Kalimantan Barat, Indonesia, khususnya di Bandar Semitau. Data linguistik ini seterusnya dianalisis berasaskan kerangka Dialektologi Generatif. Aspek asimilasi nasal-obstruen yang wujud dalam bahasa Kantuk diteliti dan seterusnya diperbandingkan dengan bahasa Iban (Sarawak) dan dialek Melayu (Semenanjung Malaysia) dengan tujuan menilai keeratan dan kekerabatan hubungan antara bahasa-bahasa ini. Dapatan kajian telah menyerlahkan kewujudan proses asimilasi yang melibatkan bunyi nasal dan obstruen pada lingkungan awal kata. Kata kerja aktif dalam bahasa Kantuk ternyata dibentuk berasaskan penggabungan kata dasar dengan imbuhan awalan /Ν/. Dua proses fonologi iaitu asimilasi nasal-obstruen dan proses struktur suku kata yang dilaksanakan secara tertib menyerlahkan persamaan proses fonologi antara bahasa Kantuk dengan bahasa Iban dan dialek Kedah Utara. Keberhasilan menerapkan proses dan rumus asimilasi, serta atur rumus yang setara bagi bahasa-bahasa berkenaan jelas memperlihatkan adanya hubungan yang erat antara bahasa berkenaan. Ia sekaligus menjadi sebahagian daripada bukti keterikatan fonologi dan morfologi antara bahasa-bahasa ini. Dapatan kajian ternyata memberikan implikasi kepada pengukuhan bukti akan keeratan hubungan dan kekerabatan antara bahasa Kantuk dengan bahasa Melayu dan Iban.

Item Type:Article
Keywords:bahasa Kantuk; bahasa Iban; dialektologi generatif; dialek Melayu; perpaduan nasional; proses fonologi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:6947
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Mar 2014 12:58
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page