Negara, undang-undang dan tenaga kerja asing: antara ideal dan realiti di Malaysia

Mohamad Fauzi Sukimi, and Muhd Ridhwan Sarifin, (2014) Negara, undang-undang dan tenaga kerja asing: antara ideal dan realiti di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (1). pp. 101-109. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
208kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Tenaga kerja asing di Malaysia merupakan suatu dilema dalam konteks ekonomi dan sosial. Di satu sisi, pekerja asing diperlukan untuk membantu pertumbuhan ekonomi. Di sisi yang lain, pekerja asing dianggap menjadi pencetus masalah sosial tertentu. Oleh yang demikian, isu tenaga kerja asing perlu ditangani secara bijak. Kertas kerja ini berusaha untuk mengupas bagaimana negara sebagai suatu struktur tertinggi cuba untuk mengatur dan mengawal proses kemasukan dan keberadaan tenaga kerja asing di Malaysia. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan undang-undang tentang imigresen dan tenaga kerja asing di Malaysia. Perbincangan juga menyentuh tentang program-program yang dilaksanakan oleh pemerintah Malaysia untuk mengawal jumlah tenaga kerja asing. Terakhir, kupasan juga dibuat untuk mengetahui reaksi pekerja asing ke atas undang-undang dan program yang dilaksanakan oleh pemerintah Malaysia. Kertas kerja ini ditulis berdasarkan suatu kajian yang dilakukan dengan pendekatan kualitatif di Selangor dan Johor, Malaysia. Hasil kajian menunjukkan terdapat jurang antara apa yang ideal menurut undang-undang dengan realiti yang berlangsung di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:agen tidak formal; pekerja asing; pertumbuhan ekonomi; masalah sosial; tenaga kerja; undang-undang buruh
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:6948
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Mar 2014 13:02
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page