Menangani cabaran tranformasi tanah NCR: satu keperluan terhadap pendekatan pemetaan berpenglibatan

Azima Abdul Manaf, and Lyndon, Novel and Sivapalan Selvadurai, and Mohd Yusof Hussain, and Zaimah Ramli, and Sarmila Md Sum, and Suhana Saad, and Mokhtar Jaafar, and Fuad Mat Jali, (2014) Menangani cabaran tranformasi tanah NCR: satu keperluan terhadap pendekatan pemetaan berpenglibatan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (1). pp. 110-117. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
292kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Bagi masyarakat pribumi di Sarawak, tanah merupakan sumber yang amat penting demi kelangsungan hidup mereka. Kerananya, isu pemilikan dan persempadanan tanah NCR (Native Customary Rights Land) sering kali menjadi punca pertelingkahan antara komuniti suku kaum asli di negeri tersebut. Oleh yang demikian artikel ini bertujuan untuk membincangkan konflik komuniti pribumi terhadap isu pemilikan dan persempadanan tanah adat di Sarawak. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan data sekunder yang diperoleh daripada kajian lepas. Pertelingkahan antara komuniti asal di Sarawak didapati berpunca daripada dua faktor utama. Pertama, penggunaan kaedah persempadanan tanah NCR berdasarkan penyampaian secara penceritaan lisan dari satu generasi ke satu generasi dan rujukan sempadan yang kurang jelas seperti berasaskan tumbuh-tumbuhan, bukit dan sungai. Kedua, kelemahan pemetaan konvensional sedia ada yang gagal mengambil kira maklumat lisan mahu pun maklumat lokal yang tak formal semasa kerja-kerja persempadanan semula tanah dilakukan. Kedua-dua hal ini sering menyebabkan berlakunya pertindihan sempadan dan seterusnya membawa kepada pertelingkahan. Justeru itu, maklumat lokal tak formal setempat perlu diambil kira dalam proses persempadanan tanah bagi mengelakkan pertelingkahan dalam masyarakat. Proses tersebut yang menggunakan teknik pemetaan digital berpenglibatan, merupakan pendekatan pemetaan yang melibatkan penyertaan komuniti lokal, adalah alat bagi memudahkan tranformasi pembangunan tanah adat di negeri Sarawak.

Item Type:Article
Keywords:pemetaan digital berpenglibatan; penyertaan komuniti; persempadanan tanah; pribumi; Sarawak; tanah NCR
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:6949
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Mar 2014 13:07
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page