Intelektual pembangunan: antara yang menyumbang dan mendendang

Jalaluddin Abdul Malek, (2014) Intelektual pembangunan: antara yang menyumbang dan mendendang. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (1). pp. 147-159. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
255kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Intelektual pembangunan bermaksud individu yang memberi manfaat dan menyumbang ilmunya kepada masyarakat sama ada dari sudut pembangunan politik, polisi, pentadbiran, ekonomi, sosio-budaya, teknologi, pelajaran, undang-undang,etika dan moral. Berdasarkan wacana popular, masih terdapat mereka yang kurang jelas mengenai budaya intelektual pembangunan. Wacana popular lebih melihat intelektual pembangunan secara universal dan bukan melihat secara partikular. Dalam wacana ilmiah budaya intelektual dilihat secara partikular iaitu terbahagi kepada dua sifat. Pertama intelektual yang menyumbang dan kedua intelektual yang mendendang. Perbincangan ini melihat sejauh mana perbezaan sifat di antara golongan intelektual pembangunan yang menyumbang dengan golongan intelektual pembangunan yang mendendang. Hasil perbincangan ini mengguna kaedah analisis wacana diskriptif iaitu melihat perbezaan intelektual di bawah metod pemahaman budaya intelektual. Hasilnya didapati terdapat perbezaan sifat keperibadian dan keilmuan di antara golongan intelektual pembangunan yang menyumbang dengan intelektual pembangunan yang mendendang.

Item Type:Article
Keywords:inteletual masyarakat; nilai; pembangunan; pembangunan nasional; wacana pembangunan; worldview
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:6952
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Mar 2014 06:01
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page