Shuhymee Ahmad, and Abdullah Abdul Ghani, (2013) Orientasi keusahawanan dan prestasi perniagaan: pengaruh penyederhana gaya kepimpinan transformasi. Jurnal Pengurusan, 37 . pp. 115-123. ISSN 0127-2713
PDF
Restricted to Repository staff only 260kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/index
Abstract
Hasil kajian lepas menunjukkan terdapat hubungan yang tidak konsisten antara strategi orientasi keusahawanan dengan prestasi perniagaan.Sehubungan dengan itu, kajian empirikal ini cuba mencari jawapan tentang hubungan antara pembolehubah orientasi keusahawanan dengan prestasi perniagaan serta pengaruh pembolehubah penyederhana gaya kepimpinan transformasi dalam kalangan PKS di Malaysia. Sebanyak 143 buah firma PKS di Malaysia telah dijadikan sampel dalam kajian ini yang dipilih secara rawak mudah. Analisis kolerasi, regresi berganda dan regresi berhierarki telah digunakan untuk menjawab semua hipotesis kajian. Keputusan kajian menunjukkan ketiga-tiga pembolehubah tidak bersandar iaitu inovasi, proaktif dan pengambilan risiko mempunyai hubungan yang signifikan positif dengan prestasi perniagaan. Hasil kajian juga turut mendapati pembolehubah penyederhana gaya kepimpinan transformasi mempengaruhi hubungan antara inovasi dan pengambilan risiko dengan prestasi perniagaan. Dapatan dari kajian ini diharap dapat dimanfaatkan oleh pihak kerajaan, usahawan, pengkaji lain, dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam bidang kepimpinan keusahawanan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Orientasi keusahawanan; gaya kepimpinan transformasi; prestasi perniagaan |
Journal: | Jurnal Pengurusan |
ID Code: | 6963 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 10 Mar 2014 08:49 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:42 |
Repository Staff Only: item control page