Hubungan amalan pengurusan keselamatan dengan pematuhan keselamatan pekerjaan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Chandrakantan Subramaniam, and Md Lazim Mohd Zin, and Siti Rohani Nadir, (2013) Hubungan amalan pengurusan keselamatan dengan pematuhan keselamatan pekerjaan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Jurnal Pengurusan, 37 . pp. 133-142. ISSN 0127-2713

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

326kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/index

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menguji hubungan antara amalan pengurusan keselamatan dengan tingkah laku pematuhan keselamatan pekerjaan. Enam dimensi amalan pengurusan keselamatan adalah komitmen pengurusan, latihan keselamatan, penglibatan pekerja, komunikasi dan maklum balas, peraturan dan prosedur serta dasar promosi keselamatan. Bagi mencapai objektif kajian, sebanyak 270 set soal selidik telah diedarkan kepada pegawai bomba gred KB17 di 9 buah balai bomba di Selangor. Analisis regresi mendapati bahawa komitmen pihak pengurusan, latihan keselamatan dan peraturan, dan prosedur keselamatan mempunyai hubungan yang signifikan dengan pematuhan keselamatan pekerjaan. Manakala faktor-faktor lain iaitu penglibatan pekerja, dasar promosi keselamatan, dan komunikasi dan maklum balas tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pematuhan keselamatan pekerjaan. Kertas ini turut membincangkan implikasi dan limitasi kajian, dan cadangan untuk kajian susulan.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan keselamatan; pematuhan keselamatan pekerjaan; kemalangan pekerjaan; Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:6965
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Mar 2014 08:56
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page