Hubungan antara pengurusan sumber manusia dengan prestasi organisasi: kajian empirikal terhadap organisasi pembuatan di Malaysia

Tang, Swee Mei and Khulida Kirana Yahya, and Lim, Kong Teong (2013) Hubungan antara pengurusan sumber manusia dengan prestasi organisasi: kajian empirikal terhadap organisasi pembuatan di Malaysia. Jurnal Pengurusan, 38 . pp. 111-117. ISSN 0127-2713

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

250kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/index

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau hubungan pengurusan sumber manusia (PSM) dengan prestasi organisasi organisasi pembuatan di Malaysia. Sejumlah 137 buah organisasi terlibat dalam kajian ini. Hasil analisis regresi berganda menunjukkan wujud masalah multikekolinearan dalam kalangan pemboleh ubah PSM, tetapi masalah tersebut telah diatasi dengan menggunakan kaedah analisis komponen utama. Model regresi linear mudah selanjutnya dibentuk bagi menganalisis hubungan antara PSM dengan kedua-dua aspeks prestasi organisasi. Hasil analisis regresi linear mudah menunjukkan model yang dibentuk mempunyai nilai F yang signifikan pada aras keertian 0.01. Selain daripada itu, keputusan analisis regresi juga menunjukkan PSM secara kolektif menjelaskan 29.5 peratus daripada variasi dalam hasilan sumber manusia, serta 26.3 peratus terhadap variasi dalam prestasi operasi organisasi.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan sumber manusia; prestasi organisasi; organisasi pembuatan; multi-ekolinearan; Malaysia
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:6975
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Mar 2014 12:29
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page