Peranan dan kedudukan Majlis Penasihat Shariah untuk memperkasakan sistem kewangan Islam di Malaysia

Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif, and Ruzian Markom, (2013) Peranan dan kedudukan Majlis Penasihat Shariah untuk memperkasakan sistem kewangan Islam di Malaysia. Jurnal Pengurusan, 38 . pp. 127-132. ISSN 0127-2713

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

211kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/index

Abstract

Prinsip muamalat amat menitikberatkan kekukuhan struktur tadbir urus korporat, ketelusan, penzahiran maklumat dan pematuhan yang tegas terhadap prinsip-prinsip Islam. Oleh yang demikian, berasaskan kepada prinsip-prinsip asas ini, maka lahirlah produk-produk perbankan dan takaful yang seiring dengan ketetapan hukum Syarak. Rangka kerja tadbir urus Shariah adalah suatu pengaturan organisasi bagi sesebuah institusi kewangan Islam dan takaful bagi memastikan keberkesanan pengawasan untuk menjurus kepada persekitaran yang sentiasa patuh kepada prinsip Shariah.Pematuhan kepada prinsip Islam secara menyeluruh akan mengukuhkan keyakinan masyarakat dan pelabur-pelabur terhadap kredibiliti operasi kewangan Islam. Justeru itu, Seksyen 30 (1) Akta Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Seksyen 124 (3) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, dan Bahagian VII Akta Bank Negara 2009 telah memperuntukkan kewajipan bagi setiap institusi yang menjalankan sistem kewangan Islam dan syarikat-syarikat takaful,untuk menubuhkan suatu Jawatankuasa Shariah. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan kaedah kualititatif dan analisis kandungan. Kajian ini bertujuan mengkaji kes-kes yang diputuskan oleh Mahkamah bagi mengenal pasti peranan yang dimainkan oleh Majlis Penasihat Shariah dan kedudukannya dalam kerangka perundangan Malaysia. Di akhir penulisan, beberapa cadangan akan dikemukakan bagi memperkasakan Sistem Kewangan Islam serta kedudukan Majlis Penasihat Shariah di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Sistem kewangan Islam; Majlis Penasihat Shariah; Jawatankuasa Penasihat Shariah; Institusi perbankan Islam; syarikat takaful
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:6977
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Mar 2014 13:01
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page