Meneliti kesan tanggungjawab sosial korporat dan imej terhadap kesetiaan pelanggan dalam kalangan pembeli barangan runcit

Nor Asiah Omar, and Rohani Yusof, and Muhamad Azrin Nazri, (2013) Meneliti kesan tanggungjawab sosial korporat dan imej terhadap kesetiaan pelanggan dalam kalangan pembeli barangan runcit. Jurnal Pengurusan, 39 . pp. 151-167. ISSN 0127-2713

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

811kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/index

Abstract

Kajian ini mengkaji hubungan antara imej, tanggungjawab sosial korporat (CSR), kualiti hubungan dan kesetiaan dalam kalangan pelanggan barangan runcit. Bagi mencapai objektif kajian, sebanyak 191 set soal selidik telah diedarkan menggunakan kaedah persampelan mudah kepada pelajar sebuah universiti awam di Selangor. Dengan menggunakan AMOS, keputusan analisis menunjukkan imej dan CSR mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kualiti hubungan. Kajian ini juga mendapati bahawa kualiti hubungan mempunyai hubungan yang positif dengan kesetiaan dalam kalangan pelanggan barangan runcit. Sementara itu, imej dan CSR tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesetiaan. Kertas ini turut membincangkan limitasi kajian dan cadangan untuk kajian susulan.

Item Type:Article
Keywords:Tanggungjawab sosial; kualiti hubungan; imej; kesetiaan pelanggan; peruncitan
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:6993
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Mar 2014 07:33
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page