Imej wanita dalam undang-undang Melaka:pembuktian linguistik

Nor Hashimah Jalaluddin, and Mariati Mokhtar, and Zaharani Ahmad, (2014) Imej wanita dalam undang-undang Melaka:pembuktian linguistik. GEMA: Online Journal of Language Studies, 14 (1). pp. 203-216. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
410kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/index

Abstract

Salah satu teks tradisional yang dianggap sebagai karya agung Melayu ialah Undang-Undang Melaka. Undang-Undang Melaka dihasilkan atas arahan Sultan Muzaffar dan menjadi teras penggubalan undang-undang tradisional negeri-negeri Melayu yang lain. Teks ini membicarakan mengenai hukum jenayah, perdagangan dan hal-hal kekeluargaan. Salah satu daripadanya adalah mengenai kedudukan wanita. Jelasnya, isu mengenai kedudukan wanita selalu mendapat perhatian dari pelbagai perspektif seperti undang-undang, sejarah, sosiologi dan kesusasteraan. Perspektif linguistik mengenai wanita tidak terkecuali. Artikel ini akan melihat kedudukan wanita dalam undang-undang tradisional yang termaktub dalam Undang-Undang Melaka (UUM) 2003. Kedudukan wanita dianalisis berdasarkan dua tipologi wanita yang dipilih menggunakan pembuktian linguistik iaitu pendekatan semantik kognitif. Dua tipologi wanita yang dipilih merupakan tipologi wanita yang dipetik daripada sumber al-Quran dan Hadis. Tipologi tersebut ialah „wanita terdiri daripada tulang rusuk lelaki‟ dan tipologi „kesaksian wanita tidak menyamai lelaki‟. Artikel ini telah menghuraikan hubungan lelaki wanita dalam hal perkahwinan - pembatalan atau pengekalan perkahwinan akibat musibah penyakit. Artikel ini juga memfokuskan status kesaksian lelaki dan wanita. Lelaki lebih dominan dalam hal kesaksian berbanding wanita. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedudukan wanita dalam UUM dapat dihuraikan dengan baik menggunakan skema imej dan metafora konsepsi. Skema imej yang telah dicipta bagi tipologi wanita ini adalah skema imej SEBAHAGIAN-KESELURUHAN. Analisis skema imej wanita juga telah dapat memberi gambaran bagaimana pemikiran Melayu pada masa itu yang bijak mewujudkan hukum-hakam mengenai wanita. Ternyata, analisis linguistik mengenai imej wanita dalam teks ini telah membantu mencungkil keagungan teks-teks Melayu tradisional ini. Seterusnya menambah korpus ilmu berlandaskan teks-teks tradisional kesusasteraan sebagai bahan kajian ilmiah.

Item Type:Article
Keywords:semantik kognitif; tipologi; skema imej; metafora konsepsi; undang-undang
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:7008
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Mar 2014 09:00
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page