Zulkefly Abdul Karim, and Rosmah Nizam, and Tamat Sarmidi, (2013) Aliran kewangan haram, institusi, liberalisasi kewangan dan keterbukaan perdagangan: analisis data panel. Asian Journal of Accounting and Governance, 4 . pp. 21-30. ISSN 2180-3838
|
PDF
233kB |
Official URL: http://www.ukm.my/ajag/index.html
Abstract
Kertas ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh faktor institusi, liberalisasi kewangan dan keterbukaan perdagangan terhadap aliran kewangan haram daripada negara sedang membangun terpilih (95 buah negara) untuk tempoh tahun 2000-2008. Untuk mengukur aliran kewangan haram, kajian ini menggunakan model yang dikemukakan oleh IMF iaitu ukuran ‘trade mispricing’ (GER-Gross Excluding Reversals). Keputusan kajian dengan menggunakan analisis data panel statik (kesan tetap dan kesan rambang) mendapati faktor institusi, tahap liberalisasi kewangan, dan keterbukaan perdagangan signifikan mempengaruhi aliran kewangan haram. Implikasi dasar daripada kajian ini menunjukkan kepentingan peranan kerajaan dalam mengawal kualiti institusi daripada aspek kestabilan kerajaan, kadar rasuah dan undang-undang untuk mengekang aliran kewangan haram. Selain itu, kerajaan juga perlu mengawal dasar liberalisasi kewangan melalui kawalan modal agar masalah peningkatan aliran kewangan haram dapat diatasi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Aliran kewangan haram; institusi; liberalisasi kewangan; keterbukaan perdagangan; data panel statik |
Journal: | Asian Journal of Accounting and Governance |
ID Code: | 7019 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 23 Mar 2014 06:00 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:42 |
Repository Staff Only: item control page