Mohammad Zainal, Helwa and Jamal, Jasri (2013) Kedudukan murtad dan penyebaran agama bukan Islam menurut perspektif undang-undang di Malaysia: satu analisa isu dan cabaran = (The legal position of apostasy and spreading of non-Islamic teachings in Malaysia:analysis and challenges). Jurnal Undang - Undang dan Masyarakat, 17 . pp. 13-36. ISSN 13947729
|
PDF
147kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/juum
Abstract
Umat Islam di Malaysia pada hari ini berhadapan dengan cabaran yang amat besar berikutan masyarakat digemparkan dengan dakwaan isu murtad yang semakin berleluasa. Isu murtad dilihat menjadi lebih serius berikutan kenyataan yang dibuat oleh Mufti Perak pada suatu ketika dahulu yang mendedahkan bahawa kajian oleh sekumpulan Melayu profesional mendapati seramai lebih 100,000 umat Islam di Malaysia telah pun bertukar agama. Pendedahan demi pendedahan telah dilakukan dan terkini, isu murtad telah beralih kepada isu baru berhubung agenda pengembangan agama bukan Islam kepada orang-orang Islam susulan kejadian pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011, ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Walaupun Malaysia telah dilabelkan sebagai sebuah negara Islam yang makmur dan stabil dari sudut ekonomi, politik dan sosialnya, namun isu murtad yang timbul mampu memberi kesan terhadap kemakmuran dan kestabilan yang sedang dinikmati oleh umat Islam sekiranya perkara tersebut tidak dibendung dari peringkat awal.Isu murtad dan kebebasan beragama bukanlah isu remeh dalam konteks negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Justeru itu, penulisan ini mengupas dan membincangkan isu murtad dan penyebaran agama selain Islam di Malaysia dengan memfokuskan perbincangan menerusi perspektif undang-undang.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | K Law > K Law (General) |
Journal: | Jurnal Undang-undang dan Masyarakat |
ID Code: | 7028 |
Deposited By: | Ms Norliah Sukarno |
Deposited On: | 01 Apr 2014 06:50 |
Last Modified: | 14 May 2019 04:43 |
Repository Staff Only: item control page