Syarat pengurusan kanan badan korporat dalam CMCHA 2007 (Corporate Manslaughter and Corporate Homicide Act 2007) dan teori identifikasi: satu penilaian = senior management element under CMCHA 2007 (Corporate Manslaughter and Corporate Homicide Act 2007) and the identification theory: an evaluation)

Chua, Ming Zuan (2013) Syarat pengurusan kanan badan korporat dalam CMCHA 2007 (Corporate Manslaughter and Corporate Homicide Act 2007) dan teori identifikasi: satu penilaian = senior management element under CMCHA 2007 (Corporate Manslaughter and Corporate Homicide Act 2007) and the identification theory: an evaluation). Jurnal Undang - Undang dan Masyarakat, 17 . pp. 63-71. ISSN 13947729

[img]
Preview
PDF
68kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/juum

Abstract

Jenayah bunuh korporat merupakan satu kesalahan jenayah yang mengatributasikan kesalahan mematikan orang secara cuai ke atas badan korporat. Unsur niat dalam undang-undang jenayah sentiasa menjadi satu persoalan utama semasa mengatributasikan kesalahan ke atas badan korporat memandangkan badan korporat tidak mempunyai keupayaan untuk berfikir. Justeru itu, Corporate Manslaughter and Corporate Homicide Act 2007(CMCHA 2007)telah digubalkan oleh badan perundangan di United Kingdom bagi menangani masalah kecuaian badan korporat yang telah mengakibatkan kematian dan syarat pengurusan kanan telah diperuntukkan dalam akta ini sebagai elemen utama. Peruntukan syarat pengurusan kanan ini merupakan jalan penyelesaian bagi persoalan ketidakupayaan badan korporat. Sebelum penggubalan CMCHA 2007, teori identifikasi sering dipakai. Walau bagaimanapun, teori identifikasi telah membawa banyak masalah kepadapihak pendakwaan dan sering menerima penolakan daripada mahkamah bagi mengatributasikan kesalahan ke atas syarikat. Sememangnya penggubalan CMCHA 2007 merupakan satu jalan penyelesaian dalam pendakwaan kes jenayahbunuh korporat. Namun, persoalan sama ada syarat pengurusan akan mendatangkan masalah seperti teori identifikasi masih merupakan satu isu yang harus dikaji. Artikel ini bertujuan mengkaji kompleksiti syarat pengurusan kanan yang termaktub dalam CMCHA 2007.

Item Type:Article
Keywords:Jenayah bunuh korporat; pengurusan kanan; teori identifikasi; Corporate Manslaughter and Corporate Homicide Act 2007; United Kingdom
Subjects:K Law > K Law (General)
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:7032
Deposited By: Ms Norliah Sukarno
Deposited On:02 Apr 2014 13:30
Last Modified:14 May 2019 04:43

Repository Staff Only: item control page