Kesan apigenin, berberin dan rutin terhadap metabolisme kolesterol pada sel kanser Hep G2

Mohd Kamal Nik Hassan, and Rasadah Mat Ali, and Zulkhairi Hj. Amom, and Mohd Shahidan Mohd Arshad, and Zamree Md Shah, and Khairul Kamilah Abdul Kadir, and Ihsan Safwan Kamarazaman, (2014) Kesan apigenin, berberin dan rutin terhadap metabolisme kolesterol pada sel kanser Hep G2. Sains Malaysiana, 43 (4). pp. 559-566. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
286kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Dalam kajian ini, keupayaan Apigenin, Berberin dan Rutin untuk mengurangkan metabolisme kolesterol pada sel kanser hepatoma manusia (Hep G2) telah ditentukan. Penilaian sitotoksik Apigenin, Berberin dan Rutin telah dilakukan dengan mendedahkan Hep G2 kepada Apigenin, Berberin dan Rutin pada kepekatan antara 7.8 sehingga 1000 μg/mL selama 24 jam pada suhu 37oC dan 5% atmosfera CO2. Apigenin, Berberin dan Rutin masing-masing mempunyai kepekatan perencat 20 (IC20) 7.8, 125 dan 1000 μg/mL. Keupayaan mengurangkan metabolisme kolesterol oleh Apigenin, Berberin dan Rutin pada Hep G2 telah diuji dengan penyemaian Hep G2 dalam plat 6-telaga. Kumpulan rawatan Apigenin, Berberin dan Rutin telah dirawat dengan kepekatan 7.8, 31.25 dan 62.5 μg/mL masing-masing dan didedah dengan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) sebanyak 10 μL. Dalam kumpulan kawalan normal (NC), Hep G2 telah dieram dengan media kultur sahaja. Sel diinkubasikan dan media telah diambil untuk analisis Apo A1, LCAT, LDLR dan FDFT1 dengan menggunakan kit. Rutin didapati mampu merendahkan aktiviti HMGR secara signifikan (p<0.05) berbanding kawalan normal. Apigenin dan Berberin mampu meningkatkan kepekatan APO A1. Ketiga – tiga sampel mampu meningkatkan kepekatan LCAT pada sel yang dirawat. Selain itu, Apigenin mampu meningkatkan kepekatan LDLR. Keputusan ujian untuk FDFT1 menunjukkan Berberin dan Rutin merendahkan kepekatan FDFT1 dan berbeza secara signifikan (p<0.05) berbanding kawalan normal. Penemuan ini menunjukkan bahawa Apigenin, Berberin dan Rutin mempunyai potensi dalam mengurangkan metabolisme kolesterol dalam sel Hep G2.

Item Type:Article
Keywords:Apigenin; Berberin; metabolisme kolesterol; Rutin
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:7050
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Apr 2014 06:05
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page