Mohd Yusof Hj Othman, and Saleem H. Zaidi, and Kamaruzzaman Sopian, and Marhama Jelita, (2014) Analisis terma dan prestasi tetingkap dwi kaca dengan modul fotovoltan semi-lutsinar. Sains Malaysiana, 43 (4). pp. 575-582. ISSN 0126-6039
|
PDF
2MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/
Abstract
Analisis terma dan prestasi modul fotovoltan semi-lutsinar yang dipasang pada tetingkap dwi kaca (TDK) telah dikaji. Di dalam TDK terjadi pemindahan haba olakan yang disebabkan oleh perbezaan suhu. Perisian COMSOL digunakan untuk menyelesaikan model matematik dengan empat jenis gas yang berlainan disimulasikan untuk mengisi ruang dalam TDK iaitu udara, argon, kripton dan xenon. Ruang dalam TDK diubah antara 5 hingga 100 mm. Keadaan cuaca di Kuala Lumpur, Malaysia telah digunakan. Modul fotovoltan yang digunakan untuk kajian simulasi ialah jenis silikon amorfus (Si-a). Kajian ini mendapati penggunaan gas xenon dalam ruang TDK memberikan prestasi maksimum dalam mengurangkan beban penyejukan. Ketebalan optimum ruang TDK bergantung kepada jenis gas yang digunakan dan secara umumnya berada dalam julat 10 hingga 20 mm.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Analisis terma; modul semi lutsinar; pemindahan haba perolakan; prestasi sistem; tingkap dwi kaca |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 7052 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Apr 2014 07:35 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:42 |
Repository Staff Only: item control page