Asal usul Orang Asli: antara fakta dan fiktif

Hamid Mohd Isa, (2014) Asal usul Orang Asli: antara fakta dan fiktif. Jurnal Arkeologi Malaysia, 27 . pp. 49-61. ISSN 0128-0732

[img] Microsoft Word
47kB

Official URL: http://archaeo.web44.net/jam.htm

Abstract

Secara umum Orang Asli dipercayai merupakan penduduk terawal mendiami Semenanjung Tanah Melayu selepas zaman prasejarah. Teori asal usul masyarakat ini adalah berdasarkan sumber sejarah, antropologi budaya, arkeologi dan antropologi fizikal namun tidak kurang bersifat fiktif dan persepsi. Hingga kini terdapat banyak kekaburan tentang asal usul mereka dan sejauhmana nenek moyang mereka boleh dikaitkan dengan masyarakat prasejarah, hubungan antara etnik malah kaitan mereka dengan masyarakat Melayu. Beberapa sarjana memberikan hipotesis tentang asal usul namun tiada satu pun menemui jawapan yang tepat Mutakhir ini persoalan ini cuba dijawab melalui kajian mtDNA meskipun jawapan yang di berikan agak kompleks dan masih tidak menemui jawapan yang tepat. Berdasarkan data-data arkeologi, antropologi dan sejarah dari kajian-kajian terdahulu, makalah ini akan membincangkan tentang asal usul Orang Asli ini dengan harapan perbincangan ini akan membuka ruang kepada kajian seterusnya.

Item Type:Article
Keywords:Orang asli; zaman prasejarah; mtDNA.
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:7085
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 May 2014 12:56
Last Modified:08 May 2014 11:26

Repository Staff Only: item control page